Mulanya HAPPY Terpilih Jadi Sukarelawan Ke Cox’s Bazar. Sampai Sana TERPERANJAT Bila Tau…

Mulanya HAPPY Terpilih Jadi Sukarelawan Ke Cox’s Bazar. Sampai Sana TERPERANJAT Bila Tau… | Saya Luv Islam – Nama aku Izzat. Thanks admin sebab approve cerita aku. Ramai sedih bila dengar kisah Rohingya di media dan aku teringin nak pi sendiri bantu di sana. Alhamdulillah aku terpilih jadi sukarelawan untuk ke Kem Cox’s Bazar yang menempatkan 700,000 lebih pelarian Rohingya. Sampai sana aku terperanjat bila tau yang mereka sebenarnya…

ROHINGYA, AKU PEDULI !

“Ladies and gentlemen, welcome to the Hazrat Shahjalal International Airport Dhaka, Bangladesh. For your safety and comfort, please remain seated with your seat belt fastened until the captain turns off the fasten seat belt sign”

Belum lagi sempat pramugari bertugas menghabiskan bait-bait akhir ayat sudah berpusu-pusu warga Bangladesh bangun daripada tempat duduk masing-masing seolah-olah sedang bersaing dalam pertandingan music chair yang dianjurkan Air Asia.

Jelas dari kelakuan itu perasaan rindu yang membuak mereka terhadap kampung halaman setelah bertahun-tahun memerah keringat di Malaysia. Masa ni terdetik dalam hati kecil, “mesti diorang tak sabar nak tunjuk dekat family gambar posing paling style depan KLCC” .

Sedang asyik aku memerhati karenah mereka, ada juga yang memerhati aku yang mirip warga tempatan, mesti diorang tengah judge aku sambil cakap dalam hati “eleh mamat ni, pura-pura tak excited pulak nak balik kampung”.

DARI DHAKA KE COX’S BAZAR, PERJALANAN YANG BAGAIKAN NYAWA DIHUJUNG TANDUK.

Mendarat di Dhaka ibu kota Bangladesh pada jam 1 pagi dengan suhu 15 darjah celcius berkabus membuatkan aku rasa seperti santa claus menaiki rusa yang masuk kampung. Ya lah, tak sangka dapat menikmati kabus ala-ala filem Beauty and The Beast walaupun bukan di negara Eropah.

Namun, segala anganan filem fantasi Hollywood itu terhenti tatkala pagi menjelang. Ku sangka permata rupanya kaca, ibarat tergigit bunga cengkih, rupanya yang disangka kabus musim sejuk itu cuma debu pembangunan. Aku tau negara Bangladesh ni kurang membangun, tapi apa yang aku alami ni lebih teruk lagi.

Sebenarnya ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke bumi Bangladesh ini. Ingat lagi sewaktu aku diberitahu akan menjadi wakil sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia bagi menyampaikan bantuan untuk Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya.

Sepanjang pengalaman merentasi negara ini sebelum ke Kem Pelarian Rohingnya di Cox’s Bazar, boleh dikatakan komposisi udara di sini adalah terdiri daripada Nitrogen, Oxygen, Carbon Dioxide, gas-gas lain dan campuran 11 debu terpilih ala-ala resipi rahsia KFC. Tak sangka selain ijtima’ tabligh terbesar dunia ada di Bangladesh, ijtima debu-debu seluruh dunia pun ada di sini.

Maka tidak hairanlah menurut sukarelawan perubatan di sini kebanyakkan anak-anak kem pelarian Rohingya mengalami masalah paru-paru yang teruk disebabkan dedebuan ini dan mask muka adalah teman baik kami sepanjang di sini.

Sepanjang transit di Kota Dhaka menuju ke Kem Pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, bumi yang padat dengan manusia ini saya boleh katakan amat sesak dan padat. Dari nak turun flight, hingga ke jalan raya, sehinggakan orang ramai membuang “hajat” kecil dan besar ditepi jalan dan laluan kereta api sudah menjadi perkara biasa.

Jalan raya pula pentas hiburan buat mereka, tak hairanlah bas atau kereta di sini tak pasang radio atau connect bluetooth dengar JOOX mahupun Spotify sepanjang perjalanan. Sebab alunan om tenonet om hon hon pin pin cukup memenuhi nuansa perjalanan dan memekakkan telinga.

Ini belum dikira gaya pemanduan ala-ala gaya pemandu F1 dan bagaikan naik roller coaster terlaju didunia di Ferrari World, Dubai. Masa ini sememangnya tawakal kepada Allah dan nyawa dihujung tanduk.

Walaupun belum menjejakkan kaki ke Kem Pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, perjalanan dari Dhaka menuju ke Cox’s Bazar sebenarnya telah memberi gambaran awal kepada aku berkenaan konflik dan masa depan pelarian Rohingya di sini.

Bayangkan nasib sebuah etnik tanpa negara yang terpaksa meninggalkan segala harta dan kekayaan dek kekejaman dan akhirnya menumpang di sebuah negara yang rakyatnya sendiri tidak terbela dari segi peluang pekerjaan, ekonomi dan fasiliti.

HIDUP BAGAI DI ZAMAN PRA-SEJARAH

Sehingga Disember 2017, lebih dari 700,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri ke kem pelarian di sekitar Cox’s Bazar, Bangladesh. Sewaktu tiba di kem pelarian aku terperanjat. Keadaannya lebih teruk dari yang tergambar di media. aku seolah melihat sebuah masyarakat pasca kemodenan yang kembali menjalani kehidupan zaman pra-sejarah.

Hidup tanpa sistem kehidupan dan fasiliti yang baik. Tidak mampu keluar mencari sumber pendapatan kerana mereka adalah pelarian tanpa negara. Pergerakkan mereka adalah terbatas di dalam kem yang serba kekurangan dan hanya menanti bantuan daripada kerajaan dan NGO seluruh dunia.

Melihat kanak-kanak tidak berbaju dan berkaki ayam berlari ke sana ke mari, ibu yang membawa anak kecil manakala warga emas yang rapuh kudrat dan fizikalnya meminta-minta di jalanan sekitar kem adalah pemandangan biasa.

Bayangkan setelah berjalan hampir 10 hari merentasi sungai,belukar dan ancaman tentera Myanmar, lebih 800,000 jiwa yang dinafikan warganegara ini hanya mampu menumpang sebagai pelarian di kem ini.

Mereka hanya diberi 4 batang buluh dan kanvas untuk memulakan kehidupan baru. Ada yang hidup senang kaya raya sewaktu di Myanmar. Namun dek krisis kekejaman genosid tentera Myanmar yangg tinggal kini cuma fizikal dan emosi yang parah cedera.

Aku masih ingat ketika tiba ke kem pelarian, berkerumun anak-anak kecil mengharapkan sesuatu daripada sesiapa yang datang ke sini. Sehinggakan botol mineral kosong pun menjadi rebutan mereka untuk dijadikan permainan.

Bayangkan anak kecil yang hidup dalam pelarian yang berkecamuk emosi mereka menyaksikan kekejaman terhadap saudara mereka sewaktu di Myanmar.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA !

Misi Anak Muda Peduli Rohingnya kali ini membawa hasrat seluruh rakyat Malaysia dalam membantu dan membawa harapan kepada mereka ini. Walaupun sumbangan yang diberikan cuma makanan, selimut dan shelter yang diperbuat daripada buluh dan kanvas yang luasnya tidak sampai 50 meter persegi dan didiami 5-7 orang setiapnya, bagi mereka itu satu nikmat dan kebahagian yang besar.

Syukur kepada Allah dan aku amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan seikhlas hati dan kini, hasil sumbangan tersebut membantu memberi sedikit perlindungan untuk pelarian Rohingya meneruskan kehidupan.

Setidak-tidaknya mereka tahu bahawa dunia bersama mereka dalam mengharungi penderitaan yang dialami. Saat ini tersedar aku daripada mimpi dan yang menjadikan tidur sebagai hobi ini.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa atas tiap sesuatu. Warga Rohingya ini boleh diibaratkan seperti seorang lelaki ketua kampung yang mempunyai kedai dan perniagaan, kini hanya menjadi seorang lelaki tanpa negara bergelar perlarian.

Namun begitu, sesungguhnya Tuhan itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih kerana menjentik hati kita semua untuk terus memberi bantuan kepada mereka.

MISI BANTUAN RAMADHAN : ROHINGYA, KAMI PEDULI

Atas rasa insaf, dan kesedaran terhadap hak kemanusiaan yang dinafikan terhadap warga Rohingya ini, aku dan sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan sekali lagi menghantar bantuan dalam Misi Bantuan Ramadhan : Rohingya Kami Peduli.

In sha Allah, kami akan berangkat pada 29 Mei 2018 hingga 7 Jun 2018. Di sana nanti, kami akan menyampaikan sumbangan pek berbuka puasa kepada 20,000 orang pelarian Rohingya.

Kini, kami juga sedang melancarkan kempen tajaan pek berbuka puasa untuk pelarian Rohingya ini. Jumlah dana yang diperlukan adalah sebanyak RM200,000. Namun begitu, sekarang baru berjaya dikumpulkan sebanyak RM9,431 sahaja.

Aku berharap lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk berkunjung sendiri ke kem-kem pelarian Rohingya di Bangladesh ini. Di sini, abang rock kapak pun boleh jadi tok lebai bro ! Insaf dan sedih melihat kedaifan pelarian Rohingya ini.

Sebelum aku akhiri perkongsian kisah pengalaman aku ini, aku mohon rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas hanya RM10 sahaja untuk 1 pek berbuka puasa pelarian Rohingya.

Boleh baca lanjut di website MVM : https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-rohingya-kami-peduli/

Aku akhiri kisah ini dengan perkongsian hadis ini, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebutkan,
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”[1]

Sumber hadis : https://ift.tt/29fc76u . Oleh FB Izzat Bazaie

GAMBAR-GAMBAR MISI BANTUAN










The post Mulanya HAPPY Terpilih Jadi Sukarelawan Ke Cox’s Bazar. Sampai Sana TERPERANJAT Bila Tau… appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam

Sumber :


EmoticonEmoticon