LONDON - Aleexandra, dari Romania, sanggup menjual daranya sendiri agar dia dapat mengumpul wang bagi membeli sebuah rumah untuk ibu bapanya, lapor Mirror.
Gadis berusia 18 tahun itu membuatkan penonton terkejut apabila dia mengumumkan dalam rancangan This Morning bahawa dia akan menjual daranya dengan harga €1,000,000 (RM4.7 juta)
Aleexandra berkata, dia mendapat idea ketika dia berusia 15 tahun semasa menonton filem Indecent Proposal.
Bercakap kepada pengacara This Morning, Philip Schofield dan Holly Willoughby, dia berkata, "Saya berusia 15 tahun dan berkata saya mungkin boleh melakukannya dengan keperawanan saya. Malah saya telah membuat pencarian di internet dan mendapati ada beberapa gadis yang turut menjual dara mereka dengan harga €3.5 juta (RM16.5 juta) atau lebih dari itu.
"Ramai gadis yang hilang dara mereka dan selepas beberapa tahun kemudian mereka berpisah dengan pasangan begitu sahaja, ia sungguh tidak berbaloi. Saya tinggal di negara yang sangat miskin, jadi saya perlu buat sesuatu untuk membantu ibu bapa saya membeli sebuah rumah," katanya.
Philip cuba menekan Aleexandra untuk mempertimbangkan semula keputusannya, namun dia berkata, "Saya tidak akan berfikir lagi mengenainya, saya tahu akan kos yang perlu saya hadapi dan saya tahu apa yang saya buat. Saya hanya akan minum segelas wain dan melaluinya," katanya.
Aleexandra juga telah menjalani pemeriksaan penyakit kelamin namun belum berfikir tentang orang yang akan membeli dirinya dan bagaimana pula dengan kesihatan lelaki itu.
"Saya telah menjalani ujian kesihatan sebelum ini dan selepas ada lelaki yang berjaya membeli saya, saya akan jalani pemeriksaan sekali lagi di negaranya dan mungkin dia juga perlu menjalani pemeriksaan yang sama," katanya.
Salah satu sebab Aleexandra mahu menjual daranya adalah untuk membeli sebuah rumah bagi ibu bapanya kerana mereka akan diusir dari rumah mereka yang sedia ada pada tahun 2017. Bagaimanapun, dia masih belum memaklumkan perancangan itu kepada keluarganya.
"Saya hanya maklumkan kepada mereka yang saya bekerja sebagai modeling. Saya buat semua ini untuk mereka tetapi mereka tidak tahu mengenainya. Bapa saya seorang yang agak tegas dan saya rasa dia mungkin tidak bersetuju dengan perancangan saya.
"Ibu bapa saya tidak akan tahu mengenai perkara ini dan jika mereka tahu, sekurang-kurangnya saya telah memberi apa yang mereka perlukan. Jika mereka tidak tahu, saya tidak akan memberitahu mereka langsung.
Meskipun Philip mengatakan bahawa tindakannya itu gila, Aleexandra berkata dia akan menasihatkan gadis-gadis yang lain untuk melakukan perkara yang sama sekiranya mereka benar-benar memerlukan wang.
"Jika anda berdepan dengan masalah kecemasan dan terdesak memerlukan wang seperti mana yang saya hadapi sekarang, anda terpaksa berbuat demikian," katanya.
Sementara itu penonton rancangan berkenaan terkejut dan memuat naik tweet, "Apa benda yang saya tonton ini? Ibu bapa gadis ini tak tahu ke??" - The Reporter
Sumber : GengViral
Sumber :
EmoticonEmoticon