Israel Terima Tawaran Palestin Untuk Menghantar Bantuan Memadamkan Kebakaran

Sebuah pesawat memadam kebakaran dari Greece | Foto - Ariel Schalit
HAIFA - Israel telah menerima tawaran pihak berkuasa Palestin untuk menghantar empat pasukan bombanya dalam usaha membantu memadam kebakaran di seluruh tanah jajahan Israel itu, kata pegawai kanan kerajaannya semalam, lapor Haaretz.  

Pegawai itu berkata, Penyelaras Aktiviti Kerajaan di wilayah menyelia kerjasama di antara Palestin dan anggota bomba Israel. 

Sekurang-kurangnya 130 orang cedera dalam kebakaran besar itu yang kebanyakannya akibat terhidu asap. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dan mengancam nyawa. 

Rusia, Turki, Greece, Italy, Croatia dan Cyprus Khamis lalu telah bersetuju untuk menghantar sejumlah 10 buah pesawat ke Israel untuk membantu memadam kebakaran itu. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon