(KINI VIRAL) - Anak Saya 3 Kali Kena Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Gara-Gara Ibu Bapa Lain Yang Pentingkan Diri..

Anak Saya 3 Kali Kena Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Gara-Gara Ibu Bapa Lain Yang Pentingkan Diri

Ibu bapa diluar sana sudah pasti inginkan anak-anak mereka sehat bebas tanpa penyakit, tetapi ramai ibu bapa kini terpaksa bekerja kedua-duanya demi mencari rezeki untuk keluarga.
Jadi anak-anak sudah pasti akan dihantar ke pusat asuhan, maka akan bercampur ramai dengan anak-anak orang lain di mana risiko untuk terdedah kepada jangkitan adalah tinggi berbanding dirumah.
Jika anak dijangkiti penyakit yang boleh berjangkit, ibu bapa perlu memainkan peranan di mana tidak mementingkan diri sendiri dengan menghantar anak ke pusat asuhan yang sudah pasti jika bercampur akan menyebabkan kanak-kanak lain dijangkiti.
Salah satu penyakit yang sering terjadi dan dirisaui oleh ibu bapa adalah jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di mana tiga bahagian anggota badan akan dipenuhi bintik-bintk merah sehingga terjadinya banyak usler di dalam mulut.
Menceritakan apa yang berlaku kepada anaknya, Puan Hani Mynis telah memunatik naik satu pos menyatakan rasa kesal selepas anaknya sudah tiga kali dijangkiti penyakit berkenaan angkara sikap sesetengah ibu bapa yang pentingkan diri.
Walaupun anak mereka dijangkiti penyakit berkenaan tapi masih menghantar ke pusat asuhan sedangkan jika dijangkiti, pesakit perlu di dikuarantin sementara di rumah untuk elakkan penyakit merebak.
Berikut adalah luahan beliau.

Ada sesetengah ibu bapa yang sangat selfish and ignorant!. Dah tahu anak sakit kena HFMD, bawa juga pergi taman permainan, indoor playground, hantar anak ke pengasuh/taska, main di shopping complex. Ignorant selfish!.

Setiap budak reaksinya terhadap virus penyebab HFMD mungkin tidak sama, tapi tolonglah, itu belum tengok lagi ulser dalam mulut dia, umpama mimpi ngeri okay!. Anak nak makan, menangis.

Ibu Aqil ini jarang pos status seperti mak meroyan dalam Facebook ini. Tetapi agak-agaklah, ini sudah kali ketiga dalam tempoh setahun serta kali ini adalah yang paling teruk sekali. boleh pula saya ambil cuti seminggu kuarantin mak dengan anak sekali di rumah ini.

Ada sesetengah ibu bapa yang selamba saja bawa anak keluar atau hantar ke taska sampai budak-budak yang lain pun turut terjangkit sama. Penyakit ini berjangkit tahu tak, berjangkit.





Okay,  ibu sangat tertekan sekarang, setiap kali dia jerit sakit mulut sampai gigit tangan sendiri, setiap kali itulah saya sedih. Tolonglah jangan jadi ibu bapa yang pentingkan diri. Kalau anak kena HFMD, kuarantin dan duduk di rumah sehingga sembuh sepenuhnya.
Jadi kepada ibu bapa diluar sana, jika anak anda sakit dijangkiti virus yang boleh merebak kepada orang lain, janganlah sesekali hantar anak ke tempat awam untuk mengelakkan orang lain dijangkiti.
Bayangkan apa kita rasa, jika satu masa anak kita dah sembuh, tiba-tiba dijangkiti lagi gara-gara ada orang lain pula lakukan macam kita lakukan. jadi, ambil sikap tanggunjawab masing-masing. - Siakapkeli.my


Sumber : Jam Getah


EmoticonEmoticon