Bengang Dengan Perangai Kamal Adli, Pengarah Doakannya Supaya Tak Laku Lepas Ni
Kamal Adli telah terpalit satu kontroversi semalam setelah seroang pengarah popular berharap dia tidak lagi laku selepas ini.
Pelakon ini berasa kesal dengan komen pengarah filem Datuk Jurey Latiff yang mendoakan kegagalan kariernya kerana Kamal Adli gagal muncul pada malam tayangan filem Malay Regiment pada 29 Ogos lalu.
Kamal menyatakan dia sudah memaklumkan kepada pihak produksi bahhawa dia tidak dapat memenuhi undangan berkenaan kerana menjalani penggambaran drama Duda Pujaan Dara.
Ini komennya:
"Pada mulanya saya diam sahaja sebab tiada ada masalah dengan abang Jurey. Tapi tak sangka dia keluarkan kenyataan di akhbar saya tak muncul malam tayangan filem itu.
"Apa yang dia katakan itu membuatkan saya betul-betul terasa. Saya dah maklumkan kepada pihak produksinya.
"Kalau sempat memang saya akan hadir sebab ada penggambaran drama Duda Pujaan Dara. Tapi pihak produksi drama tidak dapat lepaskan saya sebab masa tidak cukup,"
"Apa yang dia katakan, doakan saya tak laku, memang saya terasa. Pihak dia pun tidak menghubungi saya selepas itu.
"Tapi saya nak betulkan dekat sini, saya bukan pelakon utama seperti yang dikatakannya. Saya hanya pelakon sampingan. Malah, gambar saya pun tidak ada dalam poster filem itu,"
Bagaimanapun, Kamal ingin memohon maaf kepada pihak Jurey dan tetap mempromosikan filem tersebut di laman sosialnya.
Namun, dia tidak ada masalah jika satu hari nanti Jurey masih ingin bekerjasama dengannya.
Ini komennya lagi:
"Bagi pihak saya minta maaf jika saya ada buat salah dan tidak dapat hadir pada malam itu. Tapi saya masih promosi filem ini di laman sosial.
"Malah, saya tidak ada apa-apa masalah jika untuk bekerjsama lagi selepas ini,"
"Saya dapat tahu pun bila baca kenyataan dia di sebuah akhbar. Tapi apa yang beritahu ini bukan nak besarkan lagi masalah.
"Sekadar nak jelaskan situasi dan keadaan sebenar kenapa saya tidak muncul pada malam tersebut,"
Sumber: mStar
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon