Misteri Wanita Mengandung GHAIB Terbongkar..Perbuatan Sebenar Jiran MENGEJUTKAN Ramai !!!

Misteri Wanita Mengandung GHAIB Terbongkar..Perbuatan Sebenar Jiran MENGEJUTKAN Ramai !!! | KITA VIRAL – Setelah 9 hari kehilangan Savanna LaFontaine-Greywind, yang berusia 22 tahun daripada kediaman keluarganya di Fargo, Dakota Utara, Norberta Greywind menerima panggilan daripada pihak polis kerana terdapat satu berita yang ingin disampaikan.

HILANG SELEPAS TOLONG JIRAN

“Terus saya rasa ada sesuatu yang tidak kena”, kata Greywind yang telah menjalankan operasi pencarian bersama dengan sanak saudara dan golongan sukarelawan sejak Savanna hilang pada petang 19 Ogos.

Dikatakan bahawa beliau hilang setelah menolong jiran di tingkat atas pangsapurinya menjahit baju. Greywind pada asalnya bersangka bahawa anaknya dicederakan. Tepat sangkaannya!

TRAGIS KEADAAN MAYAT DITEMUI

Polis daerah Fargo berjaya menemui mayat Savanna yang dijumpai oleh dua individu yang berkayak di Red River, Minnesota, terletak tidak jauh daripada Harwood, Dakota Utara. Mayatnya dibalut dengan plastik dan pita pelekat.

Semenjak kehilangan Savanna, Greywind berkata beliau telah ke rumah jiran di tingkat atas pangsapurinya yang didiami oleh Brooke Lynn Crews, 38 tahun dan lelaki berusia 32 tahun, William Henry Hoehn.

JIRAN DITANGKAP BERSAMA BAYI SIMAYAT

“Dengan pantas saya ke tingkat atas dan mengetuk pintu jirannya dan bertanya berkenaan dengan Savanna. Jirannya hanya berkata “Savanna datang dan pulang”. Perkara selanjutnya tidak diketahui. Greywind berasa sesuatu yang tidak kena.

Pada hari Khamis, Crews dan Hoehn telah ditangkap kerana bersuhabat atas kehilangan Savanna selepas seorang bayi yang baru lahir dijumpai berada di rumah mereka. Dan kerana mereka menyebabkan kematian Savanna, pihak polis berkata mereka akan didakwa dan ditahan tanpa sebarang jaminan. Mereka juga tidak mengemukakan sebarang rayuan dan buat masa ini, tiada peguam mewakili mereka.

Beberapa perincian berkenaan kematian Savanna masih lagi menjadi tanda tanya, termasuklah apakah alat yang digunakan untuk membunuhnya dan bagaimanakah mendiang melahirkan bayinya.

JIRAN PERNAH MERAYU PADA MENDIANG

Pihak berkuasa juga mengatakan mereka sedang menyiasat sebuah ladang di mana mayat Savanna ditemui, di mana mereka menemui barang yang mencurigakan, yang menunjukkan ia mungkin tempat kejadian. Greywind berkata keluarganya telah tinggal di bangunan pangsapuri selama setahun dan beliau mengingati bahawa seminggu sebelum anak perempuannya hilang, Crews didakwa cuba memujuk mendiang ke rumahnya.

Menurut fail mahkamah, Hoehn berkata beliau baru sahaja pulang daripada tempat kerja semasa pihak polis sampai pada 19 Ogos tersebut. Crews pula waktu itu sedang membersihkan darah di bilik air dan berkata “Ini bayi kita, bayi ini keluarga kita”.

Inilah Savanna

PANGSAPURI KEDIAMAN SAVANNA & KELUARGA

Greywind, yang hanya melihat gambar bayi yang yang juga cucunya itu ketika identiti bayi itu disahkan, berkata anak perempuannya dan teman lelakinya, Ashton Matheny, telah menamakan bayi mereka, Haisley Jo yang dijangka akan dilahirkan pada 20 September ini.

Jika bayi itu bertanya mengenai ibunya, Greywind akan berkata bahawa ibunya sangat menyayanginya dan merupakan seorang insan yang baik dan berhati mulia. Beliau sangat sayangkan semua orang, terutama bayi dan keluarganya – pastinya mendiang merupakan seorang ibu yang penyayang.

Apa yang memilukan, Savanna dan Ashton bercadang untuk berpindah dan hidup bersama di rumah seberang jalan pangsapuri berkenaan pada bulan September. “Apa yang saya mahukan dalam hidup ini adalah Savanna dan bayi kesayangan kami, namun kini mereka ‘diambil’ daripada saya”, kata Ashton sebelum mayat Savanna ditemui. “Hidup saya telah hancur. Mereka mengambil ‘dunia’ saya”, tambahnya.

Walau bagaimanapun, keputusan ujian DNA akan diumumkan pada hujung minggu ini. Oleh kerana mendiang belum lagi berkahwin dengan Ashton, maka Ashton belum diberi kebenaran untuk melihat bayinya lagi.

Kisah mengenai kehilangan seorang ibu mengandung yang muda pada siang hari daripada bangunan pangsapuri sendiri telah menimbulkan banyak persoalan.

Sementara keluarga LaFontaine-Greywind menanti jawapan, Greywind berkata mereka bersandar pada satu sama lain untuk mencari kekuatan, dan bayi yang baru lahir memberi mereka harapan. “Hanya dia yang kami ada sekarang. Memiliki bayi comel ini memberikan kami kedamaian”, akhiri Greywind. Semoga mendiang Savanna ‘berehat’ dengan aman di sana, dan bayinya membesar dengan gembira.

Sumber : Era Baru

The post Misteri Wanita Mengandung GHAIB Terbongkar..Perbuatan Sebenar Jiran MENGEJUTKAN Ramai !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon