Teruk Dikecam, Bapa Mia Sara Tampil Beri Respon Balas
Ayah Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan telah tampil memberi kenyataan balas ekoran pakaian anaknya telah dikecam teruk ketika membuat penampilan di anugerah Festival Filem Malaysia.
Ridhuan telah menerima teguran orang ramai tentang isu tudung singkat dan baju ketat anaknya itu.
Ada juga yang mengecam bapa Mia Sara kerana pemakaian pelakon cilik itu (BACA SINI).
Katanya, baju yang digayakan Mia Sara tidak ketat seperti diperkatakan sehingga dapat memperlihatkan bahagian dadanya.
Ini komen ayah Mia Sara:
"Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran.
"Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja.
"Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas,"
"Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir.
"Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum.
"Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu,"
"Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik.
"Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja,"
Lihat pakaian Mia Sara itu ( DI SINI )
Ridhuan telahpun memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan pakaian anaknya itu dan dia berterima kasih kepada netizen yang meninggalkan komen positif dengan mengunakan ayat-ayat betul.
Sumber: mStar
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon