PANAS: Pelakon Menari Dengan Aksi Terlajak Melampau, Fathia Latiff Dihalau Pihak Produksi?

PANAS: Pelakon Menari Dengan Aksi Terlajak Melampau, Fathia Latiff Dihalau Pihak Produksi?



Sedang menjadi viral di laman media sosial termasuk Rotikaya dan BeutifulNara sekarang ini sebuah video pelakon yang menari sakan dengan gaya yang agak melampau dan menggoda.

Pelakon tersebut ialah pelakon baru iaitu Natasha Elyzza dan seorang lagi gadis yang amat mirip denagan Fathia Latiff.

Di dalam video BIGO itu, kedua-duanya kelihatan sedang menari dengan gaya menggoda dan pakaian yang terdedah.

Natasha Elyzza juga ada menyebut “Kak Ya tak behave”, dan ramai mengatakan adakah Kak Ya itu merujuk kepada Fathia Latiff?

Hanya empunya badan dan mereka yang berada di tempat kejadian yang mengetahui kebenarannya.

~Tonton video tersebut ( DI SINI )

Berdasarkan sumber, dimaklumkan bahawa pada hari rakaman video di atas di lakukan, Fathia Latiff sepatutnya menjalani penggambaran drama Laluna di Johor Bahru.

Drama ini adalah terbitan Ten View dan Finas. Namun Fathia Latiff telah datang lewat. Akibatnya, semua pelakon dan pihak produksi terpaksa menunggu kedatangan Fathia Latiff.

Fathia Latiff dikatakan telah datang ke set penggambaran dalam keadan "kurang sedar" sehingga menyebabkan penolong pengarah drama tersebut menghalaunya.

Dikatakan pihak produser telah mengambil keputusan untuk menggantikan Fathia dengan pelakon lain.

Fathia Latiff sepatutnya melakonkan watak heroin di samping pelakon-pelakon lain seperti Azrel Ismail, Afiq Muiz, Nasha Aziz dan juga Elisya Sandha.

Akibat pengguguran ini, kesemua babak yang melibatkan Fathia Latiff terpaksa dirakamkan semula.

Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Fathia Latiff tentang perkara ini.

~Tonton video tersebut ( DI SINI )

Sumber: BeautifulNara

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon