Ini KEINGINAN Pengetua Tahfiz Bakal Lakukan Oktober Nanti Buat Ramai SETUJU !!!

Ini KEINGINAN Pengetua Tahfiz Bakal Lakukan Oktober Nanti Buat Ramai SETUJU !!! | KITA VIRAL – Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Oktober ini di bangunan baharu yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar tersebut.

BANGUNAN BAHARU DIUBAH SUAI

Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata, bangunan baharu itu kini sedang diubah suai.

“Bangunan itu juga akan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan sijil layak menduduki.

TERUSKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

“Apabila semua proses itu selesai baru kesemua pelajar akan masuk semula untuk meneruskan aktiviti pembelajaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua 18 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang terselamat dalam tragedi awal pagi Khamis lepas kini bercuti dan bersama keluarga masing-masing.

Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar berusia enam hingga 16 tahun serta dua guru berusia 26 dan 25 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Pada sidang media malam tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran berkenaan.

Beliau berkata, polis percaya motif kebakaran pusat tahfiz itu adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz tersebut dan pihak luar.

Enam daripada tujuh suspek juga positif dadah.

Kesemua mereka yang tidak bersekolah direman selama tujuh hari sehingga 22 September untuk siasatan lanjut.-Bernama

Kredit : SinarHarian

The post Ini KEINGINAN Pengetua Tahfiz Bakal Lakukan Oktober Nanti Buat Ramai SETUJU !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon