Inilah Pesan Terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Buat Rakyat Jelata !!! | KITA VIRAL – Jaga adab di media sosial. Demikian titah terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, seorang raja berjiwa rakyat yang mementingkan keharmonian rakyatnya.
TITAH ALMARHUM
Almarhum bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Ke-13 di sini pada 14 Ogos lepas.
Teks titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
Dalam titah itu, Almarhum antaranya menegur sikap segelintir masyarakat yang sering berdebat secara tidak beradab mengenai isu-isu sensitif di laman sosial, semata-mata kerana perbezaan ideologi sempit atau kepentingan diri sendiri.
Almarhum bertitah, perdebatan berhubung isu-isu mengenai kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum serta hukum-hakam agama di alam maya seringkali mengundang tafsiran negatif berhubung perkara berkaitan.
TEGURAN BUAT ILMUAN AGAMA
Tidak terkecuali, teguran sama turut dititahkan oleh baginda terhadap sebahagian golongan ilmuwan agama yang sering mengeluarkan fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di ruang maya sehingga masyarakat berpecah-belah.
“Senario ini menjadi virus yang memporak-peranda dan mengelirukan rakyat, memecah-belah serta mengkucar-kacirkan ukhuwah yang selama ini terjalin indah.
“Apatah lagi pimpinan politik dan individu berkepentingan mengambil kesempatan untuk mewujudkan suasana tidak harmoni, sekali gus menghangatkan lagi permusuhan dan polemik sesama umat Islam,” titahnya.
Tuanku Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada pukul 2.30 petang dan akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.
Kredit : EBerita
The post Inilah Pesan Terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Buat Rakyat Jelata !!! appeared first on KITA VIRAL.
Sumber : kitaviral.com
Sumber :
EmoticonEmoticon