Adegan Mandi Duit, Ini Respon Balas DS Vida Setelah Dikatakan Bongkak Tak Ingat Tuhan
Datuk Seri Hasmiza Othman atau DS Vida ada alasannya sendiri dalam menjawab kritikan orang ramai tentang adegan 'mandi duit' yang kini menjadi viral.
Adegan tersebut merupakan sebahagian rakaman untuk klip video single yang kini sedang hangat iaitu I Am Me.
DS Vida berkata beliau mahu menghasilkan klip video yang setanding dengan penyanyi pop popular Taylor Swift dan Katy Perry yang disifatkan mempunyai kelas tersendiri.
Jutawan kosmetik ini akui membelanjakan lebih RM1 juta untuk penghasilan muzik video itu.
Ini komennya tentang perkara berkenaan:
"Saya minta maaf andai video itu keterlaluan. Saya sebenarnya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk. Sebenarnya ini cara saya berkarya, saya cuma mahu hasilkan video klip termahal di Malaysia,"
"Lagu seperti rentak PSY tapi saya nak lawan Taylor Swift dan mahu setanding dengan level Katy Perry,"
"Saya suka konsep dan (klip) video mereka (Taylor Swift/ Katty Perry) yang cantik, smooth... ada kelas dan termahal untuk mereka. Saya mahu tampil lain dari yang lain,"
"Segala props termasuk barang kemas terutamanya cincin dan gelang yang ditempah khas untuk klip video ini menelan belanja lebih RM1 juta. Saya bukan nak riak tapi itulah harga yang perlu saya bayar untuk dapatkan klip video bertaraf antarabangsa," k
"Sebenarnya proses penggambaran ambil masa empat hari tapi kita pendekkan jadi dua hari. Kita shooting dari subuh Sabtu sehinggalah subuh pagi tadi (Isnin). Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,"
Beliau berkata, klip video arahan pengarah Filem Polis Evo, Ghaz Abu Bakar itu mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.
Tambahnya lagi, muzik video itu akan dilancarkan pada 30 September ini.
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon