Tersebar Foto Suspek..Ini Komen Ibu Mangsa Lihat Wajah Suspek Buat Ramai SETUJU !!!

Tersebar Foto Suspek..Ini Komen Ibu Mangsa Lihat Wajah Suspek Buat Ramai SETUJU !!! | KITA VIRAL – Ibu Muhammad Fahmie Abdullah, 11, salah seorang pelajar yang maut dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada Khamis lalu bertegas tidak akan memaafkan perbuatan mereka yang membakar pusat tahfiz tersebut.

Noorazlina Bakry, 36, berkata, dia tidak akan memaafkan ketujuh-tujuh remaja yang ditahan pihak polis jika benar mereka melakukan perbuatan yang meragut nyawa anak sulungnya itu.

“Saya tidak akan maafkan mereka. Banyak lagi saya mahu lakukan untuk anak saya tetapi sekarang sudah tidak sempat. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.

“Banyak lagi saya mahu curahkan kasih sayang saya. Hati apa yang sanggup buat macam itu kepada para pelajar tahfiz,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Paroi Jaya dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sidang akhbar Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh semalam yang memaklumkan polis telah menahan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan kes kebakaran pusat tahfiz itu yang meragut 23 nyawa termasuk 21 pelajar.

Menurut Amar Singh, kesemua tujuh remaja berkenaan ditahan pihak polis bermula pukul 6 petang kelmarin hingga pukul 2.30 pagi semalam.

Noorazlina berkata, dia tidak berharap remaja terbabit akan meminta maaf kepadanya memandangkan anaknya sudah tiada dan mengaku tidak sanggup melihat wajah remaja terlibat walaupun ia tersebar meluas di media sosial sejak semalam.

Katanya, Muhammad Fahmie mempunyai tiga adik lelaki iaitu Muhammad Farish, 10; Muhammad Firman Irshad, 3; dan Muhammad Aisnaufal, 1 tahun.

Sumber : UtusanOnline

The post Tersebar Foto Suspek..Ini Komen Ibu Mangsa Lihat Wajah Suspek Buat Ramai SETUJU !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon