TERGEMPAR! Kerajaan China Paksa Umat Islam Serah Al Quran & Sejadah, Puncanya Buat Ramai MARAH !!!

TERGEMPAR! Kerajaan China Paksa Umat Islam Serah Al Quran & Sejadah, Puncanya Buat Ramai MARAH !!! | KITA VIRAL – Kerajaan China memerintahkan umat Islam di wilayah Xinjiang di barat laut China menyerahkan salinan al-Qur’an dan tikar sejadah kepada pihak berkuasa.

Jurucakap kumpulan hak asasi manusia, Kongres Dunia Uyghur, Dilxat Raxit berkata, mereka akan menghadapi hukuman tegas sekiranya tidak melakukan sedemikian.

Arahan itu telah dimaklumkan kepada beberapa kawasan serta disiarkan di seluruh rangkaian media sosial WeChat, memerintahkan orang untuk menyerahkan barangan yang mempunyai kaitan dengan Islam kepada pihak berkuasa kerajaan.

Kerajaan telah mensasarkan Al-Quran di rantau ini selama lima tahun kerana mendakwa kitab suci itu mengandungi “kandungan pelampau”.

Pengarah Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, Omer Kanat berkata, peraturan agama baharu ini menunjukkan bagaimana pentadbiran Xi Jinping diasaskan pada diskriminasi.

“Orang Islam diberitahu untuk menyerahkan barang-barang keagamaan “secara sukarela” kepada pihak berkuasa, jika ada yang ditemukan semasa pencarian pihak berkuasa, maka pesalah akan menghadapi hukuman berat,” katanya. – Agensi

Sumber : IsmaWeb

The post TERGEMPAR! Kerajaan China Paksa Umat Islam Serah Al Quran & Sejadah, Puncanya Buat Ramai MARAH !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com

Sumber :


EmoticonEmoticon