Keputusan Mengejutkan: Mila Tersingkir, Gagal Sertai Top 12 Akademi Fantasia Megastar Buat Ramai Penonton Tak Puas Hati

Mila Tersingkir, Gagal Sertai Top 12, Buat Ramai Penonton Tak Puas hati


Pada hari Ahad, telah berlangsung konsert Akademi Fantasia musim baru versi "Megastar" yang mana bekas peserta AF musim dulu akan bertanding antara satu sama lain.

Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, hanya 12 daripada 24 peserta akan dipilih untuk mara ke konsert AF Megastar.

Senarai peserta top 12 yang layak ialah:
Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal.

Ini keputusan penuh (KLIK SINI)

Keputusan senarai peserta itu diumumkan oleh pengacara AF iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi.

Keputusan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri jemputan, Ziana Zain.

Namun bekas juara Mila tidak tersenarai antara 12 peserta yang dipilih. Ramai yang terkejut dengan keputusan tersebut memandangkan persembahan Mila amat mantap, kata penonton.

Ramai melahirkan rasa marah, kecewa dan tidak berpuas hati apabila Mila tidak terpilih.

Ini antara komen dari para penonton:









Apapun itu adalah keputusan dari pihak juri, mungkin ada markah Mila yang terkurang berbanding peserta lain yang terpilih. Hanya juri professional yang lebih arif.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon