MENYERAMKAN! Gambar Penampakan ‘Hantu’ Muncul Selepas Nahas Di JB Pasti Buat Anda Meremang Bulu Roma



Jangan main Gila.. Kalau Tak Berani Jangan Buka..Ini Real !! MENYERAMKAN! Gambar Penampakan ‘Hantu’ Muncul Selepas Nahas Di JB Pasti Buat Anda Meremang Bulu Roma

Menjadi viral di laman sosial memaparkan sekeping gambar kemalangan jalan raya membabitkan kereta. 

Apa yang menyeramkan, terdapat objek menyeramkan berjaya dirakam secara tidak sengaja di tempat duduk hadapan kenderaan tersebut.


Menerusi gambar yang tersebar menunjukkan sekumpulan orang ramai mengelilingi sebuah kereta Proton Wira berwarna putih yang rosak teruk di bahagian belakang mungkin akibat dilanggar oleh kenderaan lain.

Namun, apabila gambar kemalangan itu berjaya dirakam, terdapat sosok tubuh yang menyerupai seorang wanita bertudung hitam sedang duduk sambil menyeringai ke arah jurukamera, seperti ‘suka’ gambarnya diambil pula!


Tidak diketahui sama ada penampakan tersebut merupakan jelmaan roh mangsa kemalangan, ataupun hasil suntingan Photoshop, namun imej wanita misteri itu yang pastinya memang nampak asli.


Menurut info, difahamkan kemalangan tersebut berlaku berhampiran dengan pusat beli-belah terkenal Angsana Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan rasmi yang dapat diperoleh untuk mengesahkan kesahihan berita tersebut.

Sahih ataupun tidak, cuba tenung gambar tersebut lama-lama. Memang meremang bulu roma dibuatnya! -MYNEWSHUB.CC



Suka Post Di Atas?? SHARE ! LIKE PAGE KAMI Media Massa Silam Artikel Di Atas Adalah Hasil Perkongsian Dari Blog Yang Lain. Admin Tidak Akan Bertanggungjawab Sekiranya Pihak Pembaca Salah Erti Kandungan Artikel. Sila Rujuk Sumber Untuk Maklumat Lanjut.


EmoticonEmoticon