Kapal Terbang Lebih Muatan, Penumpang Terpaksa Berdiri 4 Jam


Sebuah kapalterbang boeing 777, hanya dibenarkan bawa jumlah penumpang maksimum 409 orang, tetapi tanpa disangkakan dalam satu jadual penerbangan bagi syarikat penerbangan antarabangsa Pakistan telah membawa seramai 416 orang penumpang. 

Akibatnya tujuh orang penumpang yang berlebihan terpaksa berdiri di lorong kabin sepanjang penerbangan. 

Menurut laporan Daily Mail, jadual penerbangan pesawat terbabit bernombor penerbangan PK743, ianya telah diterbangkan dari Karachi, Pakisatan menuju ke Madinah, Saudi Arab pada 20hb Januari yang lalu, tempoh penerbangannya berjumlah 4 jam 30 minit. 

Menurut ketua pesawat, bawa lebih penumpang hanya disedarinya selepas kapalterbang berlepas, namun dia mengambil keputusan tidak patah balik semula ke lapangan terbang Karachi kerana dengan berbuat demikian tidak menguntungkan syarikatnya. 

Terdapat media tempatan mengkecam syarikat penerbangan tersebut, sekiranya apa-apa terjadi ketika kapalterbang di atas udara, jumlah pembekal oksigen akan tidak mecukupi, tindakan ketua pesawat itu amat tidak bertanggungjawab dan sememangnya mengabaikan keselamatan penumpangnya. 

Jurucakap penerbangan antarabangsa Pakistan memaklumkan, pihak berkuasa mengambil serius perkara itu dan siasatan sedang dilakukan berhubung kenapa penerbangan lebih penumpang dapat kebenaran


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon