(KEMASKINI) Al - Fatihah, Ary Malik Meninggal Dunia




(KEMASI KINI)

Selepas kira-kira setahun menderita penyakit kanser ovari, pengacara Ary Malik akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.17 malam Selasa di Hospital Ampang dekat sini.

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.

Berita kematian tersebut disahkan oleh suami Allahyarham iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin, 46.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Danau Kota, Setapak dekat sini pada malam ini (Selasa).

Terdahulu pada petang Selasa, berita kematian Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, menjadi tular namun ia dilaporkan tidak benar kerana Allahyarham masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah akibat penyakit berkenaan.

Sebelum ini beliau kerap mendapatkan rawatan kemoterapi di Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Allahyarham yang pernah menyertai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012 pernah menjadi pengacara termasuklah Muzik-Muzik.




Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.

Read more at http://ift.tt/2mAk7oV


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon