Sudah banyak kes kemalangan jalan raya yang melibatkan anak-anak kecil dan kebanyakannya berpunca dari kelalaian ibu bapa itu sendiri.
Namun segelintir daripada mereka seolah-olah masih belum sedar lagi bahawa nyawa anak tidak mungkin ada galang gantinya.
Dua keping gambar yang menjadi tular di media sosial ini membuktikan seorang bapa yang tidak keterlaluan jika dikatakan boleh meragut nyawa anak kecilnya sendiri.
Dapat dilihat dengan jelas, lelaki yang menunggang motosikal itu sedang membawa dua orang anak kecil, seorang di depan dan seorang di belakang.
Apa yang menjadi perhatian dan mengundang kecaman netizen adalah anak yang berada di belakangnya dibiarkan berdiri.
Cuba bayangkan risiko bahaya apa yang mungkin terjadi kepada keluarga ini?"Biar dia menangis sekarang. Jangan kita menangis tak berlagu kemudian. Tak patut macam ni. Kenapa ayah tak fikir baik2?"
Gambar tersebut menimbulkan kemarahan netizen. Mungkin bapa tersebut hanya mengikut permintaan anaknya untuk berbuat sedemikian hanya dengan niat untuk berseronok.
Namun harus diingat, selaku seorang bapa kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan keselamatan anak-anak. Jangan terhantuk baru nak terngadah, dan pada masa itu jangan salahkan orang lain tapi diri sendiri. Bagaimana pendapat anda?
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon