'Bersikaplah Adil Kepada Isteri, Ibu Bapa Dan Mertua'


Aku seorang manusia biasa, dibesarkan dalam kalangan keluarga yang biasa dan bukan anak yang manja. Aku mempunyai seorang abang yang dah berkahwin. Along, ya along boleh dikatakan seorang anak yang baik, penyabar, dan sangat sayangkan adiknya. Aku nak sangat jadi penyabar macam along aku. Jarang sekali aku lihat dia marah-marah. Sifatnya sama sekali lain dengan aku yang panas baran ini.

Semua ni berubah bila along aku kahwin, susah untuk aku tafsirkan benda ni. Benda ni semua terjadi selepas mama aku terasa hati dengan along. Ya terasa hati sampai mama aku menangis. Hati anak mana tak sedih tengok mama dia mengalirkan air mata bukan?

Sejak along berkahwin, dia masih melayani mama dengan baik, bercakap lembut. Cuma mama terasa hati bila lihat along lebihkan isteri. Isteri along seakan tidak sukakan mama. Tapi cara layanan isteri along pada mama baik pada pandangan aku. Isteri along bila balik rumah kami cukup sekejap sahaja. Kalau cuti empat malam. Hanya satu malam tidur di rumah mama. Selebihnya tidur rumah mak mertua along.

Kalau dilihat dari mata kasar pun. It is too obvious yang along lebih menurutkan kata isteri. Ya, aku tahu along aku baik. Tapi hati mama pun perlu dijaga. Soal bermalam ni bukan sekali dua terjadi. Sudah banyak kali. Bila balik rumah mama, jarang sekali ajak mama jalan-jalan. Jarang sekali ajak makan luar. Tapi bila balik rumah mak mertua along. Aku tengok sakan betul. Entahlah macam macam dalam kepala aku ni nak type. Tapi dah panjang rasanya apa aku type.

Mama sudah puas menangis. Bila aku tanya. Mama dah tak menangis pasal along. Mama cuma jawab. Tak apa. Mama doa yang baik-baik. Kita kena bersangka baik dengan orang. Kalau isteri along tak suka mama. Mama cuma boleh berdoa lembutkan hati isteri along. Mungkin jua mama punya salah tersendiri. Aku cuma diam dan tersenyum. Terlalu sebak untuk aku membalas kata-kata mama.

Cuma pesanan aku untuk yang belum berkahwin, bercadang hendak berkahwin, sudah berkahwin. Baik lelaki atau pun perempuan. Jadilah seorang anak yang adil. Tidak salah untuk melebihkan isteri/suami. Tetapi, janganlah sampai mengecilkan hati orang tua anda. Berilah layanan yang adil kepada ibu sendiri dan ibu mertua. Sekiranya belikan ibu sendiri sebiji apple. Janganlah belikan ibu mertua sebiji anggur sahaja. Bersikap adil ni bukan pada isteri isteri sahaja. Tapi kepada ibu bapa sendiri/ibu bapa mertua.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon