LUAHAN SAYU.. Suami Ary Malik Cukup Menyentuh Perasaan. Anak Masih bersedih dan terkejut.
Selepas kira-kira setahun menderita penyakit kanser ovari, pengacara Ary Malik akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.17 malam Selasa di Hospital Ampang dekat sini.
Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.
Berita kematian tersebut disahkan oleh suami Allahyarham iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin, 46. Dalam pada itu Shahrul Nizam berkata, kematian Ary satu kehilangan besar buat dirinya kerana isterinya itu seorang yang baik dan sangat penyayang.
“Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya. Saya banyak belajar tentang kehidupan bersamanya. Anak-anak masih bersedih dan terkejut.
Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan waktu (jenazah) dimandikan. Saya berterima kasih atas doa dan ucapan takziah buat kami sekeluarga,” katanya ringkas. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak dekat sini pada malam ini (Selasa).
Terdahulu pada petang Selasa, berita kematian Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, menjadi tular namun ia dilaporkan tidak benar kerana Allahyarham masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah akibat penyakit berkenaan.
Sebelum ini beliau kerap mendapatkan rawatan kemoterapi di Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Allahyarham yang pernah menyertai MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012 pernah menjadi pengacara termasuklah Muzik-Muzik.
Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Shahrul Bromo, mereka memiliki tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.
Sementara itu wartawan mStar Online FARHAN IKRAM melaporkan, jenazah Allahyarham tiba masjid di Kem Wardieburn, Setapak dekat sini dari Hospital Ampang kira-kira pukul 8.30 malam untuk dimandi dan disembahyangkan.
Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota dan selamat dikebumikan kira-kira pukul 12.40 pagi Rabu. Antara rakan-rakan artis yang kelihatan ialah Ako Mustapha, Rizman Khuzaimi, Erma Fatima, Elly Suriati dan Fizz Fairuz.
Sumber : GengViral
Sumber :
EmoticonEmoticon