Suspek Wanita Dalam Pembunuhan Jong-Nam Didakwa


Dua suspek wanita asing didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu atas tuduhan terlibat dalam kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam kira-kira dua minggu lalu.

Warga Vietnam, Duon Thi Huong, 29 dan rakyat Indonesia, Siti Aisyah, 25, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.

Kedua-dua wanita itu didakwa secara berasingan dan tiada sebarang pengakuan dibuat oleh suspek.

Kertas pendakwaan menamakan mangsa yang dibunuh sebagai 'Kim Chol', nama yang sering digunakan Jong-nam mengembara.

Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh ketika menunggu di balai pelepasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu selepas dua suspek wanita terbabit menyapu bahan kimia yang dikenali sebagai agen saraf VX.

Thi Duong ditahan pada 15 Februari ketika cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan ke Vietnam manakala Siti Aisyah dicekup sehari kemudian.

Polis turut menahan suspek ketiga, Ri Jong-chol, seorang warga Korea Utara dan memburu lagi tiga suspek termasuk Setiusaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon kwang-song.

Terdahulu, Siti Aisyah dan Thi Houng tiba di Kompleks Mahkamah Sepang dalam keadaan dikawal ketat dengan menaiki konvoi pacuan empat roda secara berasingan oleh pasukan polis yang menggunakan penutup muka serta diiringi polis trafik dan kereta peronda polis.

Konvoi pertama lapan pacuan empat roda yang membawa suspek pertama tiba di kompleks mahkamah kira-kira 9.34 pagi manakala konvoi enam pacuan empat roda membawa suspek kedua tiba enam minit kemudian.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon