Menangis Tuju Kepada Isteri Sebelum Doktor Sahkan Dia Akan Mati


Bayangkan jika satu hari, doktor mengesahkan bahawa tubuh kita telah dijangkiti kanser dan hanya tinggal beberapa bulan saja untuk hidup. Apa yang akan kita buat? Putus asa dan hanya menunggu mati? Buat perkara yang ingin dibuat? atau melawan penyakit tersebut dengan semangat yang tinggi. 

Penyakit kanser sememangnya menghantui perjalanan hidup mereka dari pelbagai aspek kehidupan. Ada di antara mereka yang begitu terkesan sehingga menimbulkan tekanan, kemurungan dan meruntuhkan semangat mereka untuk hidup seperti biasa. 

Meskipun begitu, kanser bukanlah pengakhiran kepada sebuah kehidupan. Inilah yang terjadi kepada Zack Rockstar yang menghidapi penyakit kanser hati yang juga telah meragut nyawa bapanya suatu ketika dulu. Doktor telah mengesahkan beliau menghidapi kanser hati dan hanya ada beberapa bulan sahaja untuk hidup. 

Selepas mendengar berita itu, beliau merahsiakan perkara tersebut daripada isterinya kerana tidak mahu isterinya terkesan dengan penyakitnya itu. Beliau akan berlagak seperti sediakala walaupun hakikatnya beliau sedang kesakitan.

Mengenangkan beliau cuma ada beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup, Zack telah mencipta sebuah lagu khas untuk isterinya. 

kenanglah aku di dalam doamu 

hingga kita bertemu lagi nanti

kau dalam ingatanku buat selamanya

lupakan semua kisah duka dirimu oh sayang

Antara bait-bait lirik lagu yang ditulis oleh Zack untuk isterinya agak menyayat hati jika diselami kesedihan kerana mengetahui beliau cuma ada sedikit sahaja masa untuk meluangkan masa bersama isteri tersayang.

Beliau terus berazam untuk terus melawan penyakit yang dihidapi beliau. Ketika berada di dalam wad beliau ditempatkan dalam wad yang dipenuhi dengan pesakit kanser dan meminta izin untuk dipindahkan ke bilik persendirian namun ketika itu kesemua bilik persendirian telah penuh. Dalam bilik tersebut seorang demi seorang telah meninggal dunia akibat kanser.


Zack memutuskan untuk membina badan di gym kerana ketika itu beliau agak kurus. Dengan rejim senaman yang serius dan mengamalkan diet pemakanan yang ketat beliau berjaya melawan kanser hati tersebut. 

Doktor yang merawat beliau agak terkejut kerana sebelum pembedahan kadar bacaan kuning telah menurun dari 300 turun ke 200 dan pembedahan tersebut ditangguhkan dan seterusnya beliau berjaya mengurangkan lagi kepada 100. 

Atas kecekalan dan semangat juang yang tinggi, Dengan izin Allah akhirnya beliau pulih dari kanser hati tersebut. Kisah beliau ini sebenarnya memberi inspirasi kepada pesakit-pesakit kanser hati bahawa tidak ada yang mustahil di dunia ini.

Jom dengar lagu yang dibuat khas untuk isteri beliau.



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon