Pelajar Malaysia Dari Kedah Ditemui Lemas Di Tasik Karapiro New Zealand


Pencarian seorang lelaki berusia 21 tahun yang hilang pada Ahad, 26 Februari 2017 telah dibatalkan apabila cuaca mula gelap pada sebelah petang. Namun, penyelam polis menemui mayat pada tengah hari keesokan harinya (hari ini).

Rakan serumah, Amar Rafaee berkata mangsa, Abdul Azim Amzar (atau Am) meninggalkan Flat Hamilton East bersama 4 rakan lain untuk berbasikal di sepanjang Hamilton River Trail sebelum beliau lemas

Dipercayai, pelajar kejuruteraan mekanikal dari Malaysia itu meminta salah seorang rakannya untuk mengambil gambar beliau sedang terapung di atas permukaan tasik.

Menurut Amar, sejurus selepas rakannya mengambil gambar, tiba-tiba mangsa menjerit dan terkapai-kapai meminta pertolongan. Katanya lagi, beberapa orang yang berada berdekatan kawasan itu cuba untuk menyelamatkan mangsa.

Ahli Majlis Daerah Waipa, Liz Stolwyk berkata sebahagian kawasan tasik adalah zon berenang yang selamat untuk keluarga.

"Daripada apa yang saya faham, mangsa dikatakan berenang di bahagian selatan, tetapi ditemui di bahagian lain. Bermakna, ada kemungkinan mangsa terkeluar daripada zon selamat yang menyebabkan beliau lemas," kata Liz.

Liz juga berkata tasik ini selalunya tenang dengan kedalaman yang agak cetek dan tidak merbahaya.

"Pada masa ini paras air sangat rendah iaitu pada pada paras lutut. Ramai anak kecil berenang di kawasan ini kerana ia cetek," katanya lagi.

Ibu bapa mangsa telah sedia maklum terhadap kejadian malang yang menimpa ke atas anak mereka. Kedua-dua mereka kini dalam perjalanan ke New Zealand.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon