Netizen mendakwa lelaki itu yang bernama Pang Chee Pin, merupakan warga Bangladesh disebabkan dia tidak kelihatan seperti orang Cina. Pang dibesarkan oleh keluarga angkat berketurunan Cina sejak dia dilahirkan.
Bagaimanapun, dia tidak lagi menetap di sana. Sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai Susan, 50, berkata, dia pernah tinggal bersama Chee Pin sejak sepupunya itu berusia setahun. Katanya, Chee Pin dijadikan anak angkat dan dibesarkan oleh mendiang bapa saudaranya.
"Saya dan dia adalah sepupu. Tetapi bapa saudara saya meninggal dunia kira-kira 25 tahun lalu, ibu bapa saya mengambil alih menjaga dia. Dia meninggalkan rumah kami kira-kira enam tahun lalu.
"Kali terakhir kami berjumpa adalah kira-kira tiga tahun lalu di Kuala Lumpur semasa dia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang,". Tambahnya, sejak itu mereka terputus hubungan.
Menurut Susan, bapa saudara memberi nama sepupunya dengan nama Cina selepas menjadikannya sebagai anak angkat dari keluarga kandung berketurunan India di Simpang Renggam. Katanya, Chee Pin mempunyai nama India selepas dilahirkan.
Tambah Susan, bapa saudaranya meminta kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan nama anak angkatnya itu ditukarkan kepada nama Cina. Chee Ping fasih berbahasa Mandarin, Hakka dan Kantonis dan bersekolah yang sama dengan Susan di sebuah sekolah rendah Cina.
"Menurut ibu, Chee Pin dijadikan anak angkat oleh bapa saudara saya dan isterinya bagi membantu mengurangkan beban keluarga kandung Chee Pin," katanya, sambil menambah bapa saudaranya turut mempunyai dua anak perempuan.
Susan berkata, dia menyedari mengenai MyKad milik sepupunya yang menjadi tular, sambil menambah pihak polis telah datang ke rumahnya pada Ahad bagi merekodkan keterangannya. Menurut Susan, lelaki di dalam MyKad itu adalah rakyat Malaysia dan berharap orang ramai berhenti berkongsi paparan kad pengenalan milik sepupunya itu di media sosial.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon