Petang tadi, sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke Stesen Beaufort dilanggar van mengakibatkan dua orang mati di tempat kejadian yang berhampiran Kampung Memanjang.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang tadi dalam hujan lebat, ketika van yang dinaiki tujuh orang itu cuba melintasi landasan sebelum dilanggar kereta api jenis satu gerabak.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Runzee Abd Thani berkata, dua mangsa yang menemui ajal adalah pemandu dan seorang penumpang wanita berumur 50-an yang tersepit dalam kenderaan terbabit.
Manakala, lima lagi mangsa dikatakan mengalami kecederaan dan digegaskan ke Hospital Beaufort oleh orang ramai, tambahnya.
"Pihak bomba menerima panggilan pada jam 2.57 petang tadi sebelum menghantar sembilan anggota ke lokasi."
Difahamkan, kira-kira 20 penumpang yang menaiki kereta api terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon