Kanak-kanak maut dilanggar kereta yang sedang mengundur


MARAN, TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun maut selepas dilanggar bapanya sendiri yang sedang mengundurkan kereta pancuan empat rodanya, pagi semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 8.45 pagi di FELDA Jengka 10, Nur Aireena Ilhani Azizi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, bapa mangsa, Azizi Ramli, 47, yang memiliki kedai runci baru pulang selepas menghantar barang kepada pelanggannya. 

Abang sulung mangsa, Muhammad Aiman Azizi, 18 berkata, dia berada di kaunter kedai runcit berkenaan sebelum dikejutkan dengan jeritan, Noraini Mohamad, 41, yang memanggil nama mangsa, menyebabkan dia terus keluar untuk melihat apa yang berlaku. 

"Sebaik saja keluar, saya melihat adik sudah terbaring di belakang kenderaan ayah dalam keadaan berlumuran darah. 

"Adik terus dibawa ke Hospital Jengka namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya. 

Sementara itu, Azizi Ramli masih trauma dengan kejadian itu dan mengakui terkilan kerana kehilangan satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik. 

Jenazah mangsa telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam FELDA Jengka 10, jam 3 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon