Letupan mengegarkan bangunan kerajaan di bandar ini pada awal pagi Isnin dan siasatan pasukan keselamatan ke lokasi kejadian membawa kepada insiden tembakan antara penyerang yang dipercayai pengganas dengan anggota polis.
Kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu masih berterusan hingga tengah hari.
Laporan juga menyebut, ada kemungkinan tebusan di kalangan penduduk tempatan di bangunan itu.
Seorang penyerang telah ditahan polis, manakala rakannya, seorang wanita sedang berbalas tembakan dengan pasukan polis yang mengepung lokasi serangan.
Seorang lagi penyerang dilaporkan melemparkan bahan letupan buatan sendiri ke arah anggota polis.
Menurut sumber tempatan, penyerang dikatakan cuba melakukan serangan berani mati dalam insiden itu.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon