Telefon bimbit hilang punya pasal, sanggup nak potong hos saluran gas memasak


ALOR SETAR - Gara-gara telefon bimbit hilang, seorang lelaki mengamuk sehingga cuba memotong hos saluran gas memasak di sebuah restoran di Pekan SImpang Kuala, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, suspek berusia 37 tahun membawa sebilah pisau pemotong daging dan meluru masuk ke dalam restoran tersebut yang dipenuhi orang ramai yang ingin menjamu selera sebelum pergi ke bahagian tempat membancuh air. 

Suspek menjerit, memeluk tong gas dan cuba memotong hos saluran gas menyebabkan pekerja dan pelanggan terkejut dan melarikan diri. 

Pemilik restoran segera menghubungi polis dan anggota bomba bagi menyelamatkan keadaan. 


Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Jalan Raja, Alor Setar terpaksa menggunakan satu aliran pancutan daripada jentera bomba untuk merebahkan lelaki itu sebelum berjaya ditahan dan diserahkan kepada anggota polis. 



Posted by Malaysia Menjerit on Monday, February 27, 2017

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin menafikan dakwaan netizen di media sosial kononnya suspek gila. 

"Siasatan awal mendapati lelaki itu mengamuk disebabkan tidak berpuas hati telefon bimbitnya hilang di restoran berkenaan.

"Suspek juga mempunyai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan namun ujian air kencing pada suspek didapati negatif dadah," katanya. 

Suspek direman sehingga 1 Mac untuk siasatan Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya 1958. - The Reporter


Sumber : GengViral

Sumber :


EmoticonEmoticon