Anak Terlepas Dari Dukungan Bapa Maut Terjatuh Dari Tingkat Lima


DUA kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat lima di sebuah pusat membeli-belah di China, apabila terlepas dari dukungan bapanya. Insiden tersebut berlaku di Tianjin, timur China

Media China melaporkan ketika kejadian pada Isnin, bapa kepada dua kanak-kanak malang itu sedang mendukung anaknya dan berdiri dekat penghadang kaca.

Seorang pegawai polis mengesahkan kepada Tianjin Daily bahawa kedua-dua kanak-kanak itu didukung bapanya.

Menurut pegawai itu, salah seorang daripada anaknya terlepas dari dukungan dan terjatuh.

Bagaimanapun, seorang lagi anaknya turut terjatuh sewaktu si bapa cuba menyelamatkan anak yang pertama.

Dilaporkan, kedua-dua kanak-kanak itu mati di tempat kejadian.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon