Mempamerkan nombor pendaftaran 'bakal jenazah' pada motosikal mengundang padah apabila seorang penunggang motosikal ditahan pihak berkuasa.
Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun ditahan dalam operasi pada kira-kira pukul 2.50 petang Isnin.
Plat pendaftaran motosikal itu tidak memaparkan huruf diikuti nombor seperti kebiasaan, sebaliknya tertera perkataan 'bakal jenazah'.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, selain memeriksa plat kenderaan yang diubah suai secara haram, mereka juga menyiasat sama ada ia adalah motosikal curi.
Sebanyak 20 kenderaan diperiksa dalam operasi terhadap pelbagai kesalahan jalan raya dan kecurian kenderaan, yang dijalankan dekat kompleks Karamunsing di sini.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon