Sehingga kini, watak Ayu yang mulutnya perlu ‘ditutup’ dengan wang 20 sen agar tidak membuka rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton di dalam filem Bujang Lapok terus diingati.
Mungkin ramai yang tidak mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya. Tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama tidak lama dahulu.
Ayu atau nama sebenarnya Sri Rahayu Sudarmaji sebenarnya merupakan anak kepada Allahyarham S. Sudarmaji yang juga pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Untuk info, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar pendek tanpa berbaju, kini sudah pun berusia 64 tahun.
Menurut Ayu, dia ditawarkan berlakon ketika berusia empat tahun setengah dan dimaklumkan tentang tawaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk mengambilnya berlakon oleh bapanya sebaik sahaja pulang dari studio.
Sementara itu, beliau mengakui tidak ramai daripada kenalannya tahu dirinya adalah Ayu yang cukup menarik perhatian di dalam filem tersebut.
“Bekas rakan sekerja tidak tahu, malah jiran pun sama. Jiran di sebelah rumah ini pun hanya mengetahui tentang perkara itu setelah saya terserempak dengan pelakon drama, Osman Zailani yang selalu datang ke rumahnya pada setiap kali Ramadan," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.
Suka Post Di Atas?? SHARE ! LIKE PAGE KAMI Media Massa Silam Artikel Di Atas Adalah Hasil Perkongsian Dari Blog Yang Lain. Admin Tidak Akan Bertanggungjawab Sekiranya Pihak Pembaca Salah Erti Kandungan Artikel. Sila Rujuk Sumber Untuk Maklumat Lanjut.
EmoticonEmoticon