Marah kerana dilarang membawa bagasi melebihi had saiz yang ditetapkan, seorang penumpang wanita bertindak menampar seorang pekerja yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan.
Difahamkan, penumpang wanita tersebut mahu membawa bagasinya masuk ke dalam pesawat namun, dilarang pekerja terbabit.
Menurut People’s Daily, penumpang yang dikenali sebagai Zhang telah ditahan selama tujuh hari sebelum dia dikenakan denda 200 yuan.
Rakaman dari insiden tersebut telah mengejutkan pengguna Weibo. Rata-rata tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan ke atas wanita terbabit.
Sumber: Daily Mail
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl
EmoticonEmoticon