Patut La Berpisah!! Kini Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar, Kenapa Sherry Ibrahim Beria Di Tinggalkan Fattah Amin !

"Kau Boleh Sorok Dari Orang Lain Tapi Bukan Dari Media, Semua Akan Tahu Kak Lofa Juga Akan Tahu..!", Akhirnya Sherry Ibrahim Dedahkan Punca Sebenar Fattah Amin Beria Meninggalkan Dirinya Walaupun Dirinya Sudah. . .
Patut La Berpisah!! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Sherry Ibrahim Di Tinggalkan Fattah Amin...
Patut La Berpisah!! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Sherry Ibrahim Di Tinggalkan Fattah Amin...
Pelakon Sherry Ibrahim, 33, menafikan perbezaan usia sebanyak tujuh tahun menjadi punca perpisahannya dengan aktor Fattah Amin, 26.

“Kalau orang dah tak nak takkan kita nak paksa kan? Kenyataan saya ni bukanlah sesuatu yang memalukan tapi saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.


“Lagipun dia bukan suami saya dan kami pun tak pernah berkahwin. Mengenai hal putus cinta, saya tak rasa umur adalah puncanya, semuanya bergantung pada diri sendiri sama ada kita ikhlas atau pun tidak.


“Semuanya ketentuan tuhan, saya anggap apa yang berlaku ini sebagai ujian. Jodoh dia dan saya hanya setakat ini sahaja,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Sherry Ibrahim, Seikhlas Cinta bertempat di Dewan Mercu Mustaffa Kamal, Neo Damansara pada petang Khamis.


Mengulas mengenai perpisahannya, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim memberitahu dia terkejut apabila berita tersebut diketahui umum.


Jelasnya, dia tidak tahu langsung mengenai hal itu kerana sewaktu kenyataan tersebut dikeluarkan bekas teman lelakinya, dia sedang bercuti di luar negara.


“Perkara ini berlaku sewaktu saya sedang bercuti di Doha selama seminggu dan jujurnya saya tak tahu langsung yang dia (Fattah) dah keluarkan kenyataan sebegitu.


“Saya dapat tahu tentang perkara ini pun bila pengurus saya yang beritahu.


“Kami putus cinta sejak lepas raya dan sebenarnya dah bersetuju untuk berbincang sebelum beri kenyataan.


“Saya minta dia ‘hold’ dulu kenyataan tersebut untuk beri sedikit masa kerana perkara itu bukan mudah bagi saya.


“Kalau boleh saya nak tunggu masa yang sesuai kerana sibuk dengan kerja, tapi bila kenyataan itu dah dikeluarkan secara tiba-tiba, saya tak boleh nak buat apa.


“Kalau boleh saya tak mahu memberikan komen mengenai perkara tersebut dan selepas ini saya tak mahu dikaitkan lagi dengan dia.


“Andai ditawarkan untuk bekerja atau berlakon sekali, saya rasa itu tak mungkin berlaku. Saya tetap dengan keputusan saya. Mungkin orang akan tindakan saya itu ‘over’ tapi itulah yang akan saya lakukan,” jelasnya.


Dalam pada itu, Sherry juga menafikan dakwaan yang mengatakan bekas kekasih terdahulu, pelakon Ashraf Muslim pernah menghubunginya.


“Tak perlulah nak kaitkan saya dan Ashraf. Dia pun dah bahagia dengan kehidupan sendiri dengan anak-anak dan juga isteri-isterinya.


“Selepas kami membawa haluan masing-masing, dia tak pernah hubungi saya dan begitu juga sebaliknya.


Banyak lagi perkara yang saya nak fokuskan terutamanya kerjaya dan saya rasanya tak perlulah nak ungkitkan kembali nama dia,” ujarnya.



Sumber : Kekita Media Network


EmoticonEmoticon