Saje Kongsi: Lubang Jantung Kanak-kanak 3 bulan Makin Besar. Jom Sebarkan Hal ini, Sekurangnya Dapat Membantu Adik Kecil Ini
Kuala Lumpur: “Jika dua bulan lalu, lubang di jantungnya 1.8 milimeter (mm) kini ia semakin besar sehingga tujuh mm,” kata Arwinsamshah Samsudin, 30, bapa kepada Rayqisha Nur Jannah Arwinsamshah, bayi berusia tiga bulan yang memerlukan RM50,000 untuk menjalani pembedahan segera akibat jantung berlubang.
Sejak Mei lalu, Arwinsamshah bersama isterinya, Nurul Ain Nabilah Ismail, 19,buntu apabila mengetahui anak bongsu mereka yang ketika itu baru berusia sebulan menghidap penyakit Ventricular Septal Defect atau jantung berlubang.
“Kami membawanya ke klinik selepas mendapati dia mengalami masalah pernafasan. Waktu itu kami risau melihat keadaannya kerana muka dan tangannya kebiru-biruan."
“Sebaik diperiksa, doktor mendapati jantung anak saya tidak normal kerana terdapat lubang bersaiz 1.8mm,” katanya.
Menurut Arwinsamshah, anaknya itu juga tidak dapat menyusu seperti bayi normal kerana terpaksa menggunakan tiub saluran.
“Selama dua bulan Rayqisha ditempatkan di wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dirujuk ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur untuk pembedahan,” katanya.
Katanya, dia kini hilang punca pendapatan apabila digantung kerja berikutan sering mengambil cuti kerana berulang –alik menghantar anaknya ke hospital.
“Kami tidak mempunyai kenderaan, jadi saya terpaksa menaiki bas dan mengambil cuti untuk menghantar Rayqisha ke hospital setiap tiga kali seminggu."
“Saya perlu bekerja kerana terpaksa menanggung perbelanjaan Rayqisha yang mencecah RM200 seminggu,” katanya yang pernah bekerja sebagai penyelia di Pelabuhan Klang.
Katanya, dia amat mengharapkan bantuan orang ramai supaya Rayqisha dapat dibedah segera.
“Saya hanya mahu anak saya kembali aktif dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar cek atas nama:
Tabung Kebajikan Media Prima ke alamat Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan nama kanak-kanak itu di belakang cek atau ke akaun Maybank 5141-0532-3170.
Sumber : Mykisahviral
EmoticonEmoticon