Saje Kongsi: Lubang Jantung Kanak-kanak 3 bulan Makin Besar. Jom Sebarkan Hal ini, Sekurangnya Dapat Membantu Adik Kecil Ini


Saje Kongsi: Lubang Jantung Kanak-kanak 3 bulan Makin Besar. Jom Sebarkan Hal ini, Sekurangnya Dapat Membantu Adik Kecil Ini 

Kuala Lumpur: “Jika dua bulan lalu, lubang di jantungnya 1.8 milimeter (mm) kini ia semakin besar sehingga tujuh mm,” kata Arwinsamshah Samsudin, 30, bapa kepada Rayqisha Nur Jannah Arwinsamshah, bayi berusia tiga bulan yang memerlukan RM50,000 untuk menjalani pembedahan segera akibat jantung berlubang.


Sejak Mei lalu, Arwinsamshah bersama isterinya, Nurul Ain Nabilah Ismail, 19,buntu apabila mengetahui anak bongsu mereka yang ketika itu baru berusia sebulan menghidap penyakit Ventricular Septal Defect atau jantung berlubang.


“Kami membawanya ke klinik selepas mendapati dia mengalami masalah pernafasan. Waktu itu kami risau melihat keadaannya kerana muka dan tangannya kebiru-biruan."


“Sebaik diperiksa, doktor mendapati jantung anak saya tidak normal kerana terdapat lubang bersaiz 1.8mm,” katanya.

Baca Selanjutnya >>


EmoticonEmoticon