Berdosakah Aku..?



sy ingin bertanya..sy sdg hadapi konflik dgn ibu mertua..sy sudah berkahwin dgn suami hampir 6 thn & mempunyai 2 org anak..dan sdg mengandung anak ke-3.sy tggl bersame family mil sjk dr kwin sehingga skrg.sy sudah lama ajak suami pindah untuk keselesaan kami anak-beranak memandangkan sy sdg mengandung anak ke-3.sy tidak kisah tinggal rumah sewa pon, janji dpt hidup sendiri. suami sudah dapat rumah sewa, tetapi ibu mertua sy tidak benarkan kami keluar pindah dari rumah sehingga menimbulkan perbalahan antara suami & ibunya. ibu mertua seolah-olah menyalahkan sy punca suami mahu pindah. saya tidak mahu mereka bergaduh, saya tahu tanggungjawab suami sy sebagai anak lelaki kepada ibunya. tetapi suami sudah cakap tidak akan abaikan ibunya. sy sgt stress dgn keadaan begini memandangkan sy sdg mengandung. tetapi sampai bila kami mahu tggl bersama mertua. sy teringin hidup bersama dgn anak-anak & suami dengan tinggal rumah sendiri. ibu mertua sy tidak tggl berseorangan, masih ada ayah mertua & 2 org anak yg belum berkahwin. apa yg sy lakukan sekarang semuanya salah dimata ibu mertua sy. serba tidak kena. masalah sy semua org tidak tahu, sy yang lalui, org luar anggap sy yg suruh suami derhaka pada ibunya sendiri. berdosakah sy ajak suami pindah rumah hgga menyebabkan perbalahan antara suami & ibunya?
sy harap admin dpt menyiarkan luahan sy..sy tidak tahu nak luahkan dekat sape...

Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon