'Dia kacau jemaah, sebab tu kami suruh keluar'

PERMATANG PAUH - Gara-gara tinggal lama serta menimbulkan masalah dalam sebuah masjid di sini, seorang lelaki warga asing diminta keluar dari rumah ibadat itu, baru-baru ini.

Menurut sumber, warga asing yang berusia lingkungan 30an itu hampir seminggu menetap dalam masjid berkenaan.

"Kalau dia tinggal tanpa sebarang masalah tak pa, tapi perbuatannya mengganggu jemaah masjid lain, itu yang terpaksa kami minta keluar.

"Tapi dia masih berdegil, dengan bantuan orang ramai akhirnya dia berjaya dikeluarkan dari sini, dan kami terus hubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pihaknya kemudian menahan lelaki warga asing terbabit.

"Pemeriksaan mendapati lelaki ini tiada sebarang dokumen pengenalan diri, dan pemeriksaan lanjut daripada pihak hospital juga mendapati suspek waras.

"Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut," katanya.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon