Gadis Cedera Teruk Ditumbuk Tunang


DAMANSARA - Seorang wanita cedera teruk di bahagian mata akibat ditumbuk dan dipukul oleh tunangnya, buat laporan polis Isnin lalu. 

Dalam kejadian pada jam 12.25 pagi itu, mangsa, Natasha Shareena Hairil Anjar, 23, difahamkan sedang berbincang dengan tunangnya, Mohd Zulhairi, di hadapan rumah. 

Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham diantara mereka berdua dan secara tiba-tiba mangsa ditumbuk di muka dan beberapa bahagian badannya yang lain. 

"Berlaku sedikit perselisihan faham yang menyebabkan tunang saya secara tiba-tiba terus menumbuk mata sebelah kanan, di bahagian bahu kiri, bahagian bibir dan paha kaki kiri. 

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada hari yang sama, jam 6.24 petang. 

Bibir mangsa juga turut tercedera ditumbuk lelaki berkenaan
Mangsa kemudian dibawa oleh tunangnya ke Hospital Ampang Puteri dan doktor mengesahkan tulang di bawah mata mangsa patah dan ada pendarahan dalam mata. 

Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya. 

Mangsa dengan tunangnya 
Tunang mangsa, Mohd Zulhairi, dikatakan telah menghilangkan diri selepas kejadian itu. Dan difahamkan lokasi terakhir lelaki itu berada di Ampang. 

Abang mangsa, Boy Haru (bukan nama sebenar), kini sedang giat mengesan tunang adiknya itu. 

Sementara itu di laman Facebook Mohd Zulhairi yang menggunakan nama samaran Muhd Hery Putong, memuat naik status, "Maafkan abang" pada jam 6.15 pagi sebelum menghilangkan diri. - The Reporter
SUMBER : http://www.gengviral.com/


EmoticonEmoticon