CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki, Zhao Zicong, 5, yang dilaporkan terjatuh dalam perigi dengan saiz lebar 12 inci di Lixiang, pada 6 November lalu telah disahkan mati, malam semalam.
Zhao dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berkenaan ketika bermain dengan adik perempuannya di kebun, tatkala bapanya, Zhao Xiangyang, mengutip sayur kobis.
Mayat Zhao ditemui pada jam 11.10 malam (waktu Beijing) pada Khamis selepas pihak berkuasa menghantar ratusan penyelamat di lokasi kejadian.
Dalam operasi menyelamat selama 4 hari itu, sebanyak 165 jentera telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa. Lebih dari 500 penyelamat termasuk bomba, polis, paramedik dan sukarelawan mengambil bahagian dalam operasi tersebut.
Terdahulu datuk mangsa, perigi kecil tersebut yang sebelum ini digunakan untuk mengairi tanaman mereka, namun telah lama tidak digunakan dan terbiar terbuka begitu sahaja tanpa sebarang tanda amaran bahaya.
Sementara itu netizen di China meluahkan rasa sedih dan simpati mereka dengan nasib mangsa.
"Saya menangis. Tak dapat bayangkan bagaimana kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhirnya," katanya. - The Reporter
Sumber : GengViral
Sumber :
EmoticonEmoticon