Kejadian Misteri Di Jalan Kuala Kerai Gua Musang 31.10.2016

ss
Kejadian Misteri Di Jalan Kuala Kerai Gua Musang 31.10.2016 |Satu kejadian pengalaman seram yang di alami oleh seorang lelaki yang menamakan diri Amin Hussin,kejadian mengerikan ini katanya menimpa beliau sewaktu dalam perjalanan balik kerumah bersama isteri ,kejadian misteri yang menimpa beliau ini berkalu di sekitar antara kg Sungai lakit sebelum sampai paloh.
Berikut kisah yang dikongsikan beliau.
Kejadian ni berlaku baru je tadi sekitar jam 10.30mlm,lokasi di antara kg Sungai lakit sebelum sampai paloh,
kereta yang saya pandu tiba tiba gelap dibahagian tingkap belakang.hampir tak nampak langsung bahagian belakang.
Saya jadi bingung, berulang kali saya tekan brek untuk lihat bias cahaya tapi gagal,cepat-cepat saya kejar kereta exora di hadapan saya, tiba-tiba kereta saya terasa amat berat, walaupun saya tekan minyak sekuat hati, kelajuan tetap perlahan.
ALLAHUAKBAR.,saya dan isteri rasa panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang bonet kereta sangat jelas,hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.
Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu ingin merobek dan seperti ingin dibuka,semakin kuat ayat suci al-quran dipasang semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya.
Alhamdulillah setibanya kami di Paloh, keadaan kembali seperti biasa,syukur kepadaMu Ya Allah kerana selamatkan kami sekeluarga dari gangguan yang tidak diingini berlaku.
Sesampainya saya di rumah, memang jelas ada kesan calar pada bumbung dan bonet belakang kereta.nasib baik saya tidak lalai dan dapat meneruskan hingga selamat tiba ke destinasi.
kejadian ni kali kedua kami alami,kejadian pertama lagi dashyat. hati2 memandu. zikir Allah & Azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa.
P/s :
Kejadian ini berlaku pada awal malam semalam 31/10/2016. Boleh lihat di bumbung kereta kesan calar. Cahaya yang anda nampak di dalam gambar adalah cahaya dari flash camera.Amin Hussin

14938261_577549522443910_6599858538701116486_n


http://ift.tt/2f7bRcX
14925302_577549602443902_6681320716533935760_n


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon