Ramai Tak Percaya Hannah Dedah Perangai Sebenar Bekas Suami

olkols
Ramai Tak Percaya Hannah Dedah Perangai Sebenar Bekas Suami|Kes kekerasan dalam rumah tangga kini kembali berulang, seorang isteri Hannah Azzara mendakwa dia  telah dipukul dan dibelasah oleh bekas suaminya,tidak hanya itu  anak lelakinya berusia tiga tahun juga turut menjadi mangsa kekerasan itu.
Sebelumnya Hannah Azzara penah memviralkan kejadian dimalan media sosial facebook,tapi ramai rakan kepada suaminya itu merasa tidak percaya seorang bapa sanggup berbuat demikian terhadap isteri terutaman darah dagingnya sendiri.
Hannah Azzara sekali lagi tampil mendedahkan perangai bekas suami  dan,memberikan penjelasan dan bukti kukuh betapa tergamaknya bekas suaminya melakukan perbuatan itu.
“Memandangkan ramai kawan-kawan bekas suami yang menghubungi saya bahawa mereka tidak percaya dia boleh melakukan perkara seperti ini pada saya, jadi saya tambah gambar diri saya dibelasah dengan teruk.
“Saya buat laporan polis berhubung kejadian itu tetapi ditarik balik kerana saya kasihankan anak kecil ini.
“Sepanjang lima tahun perkahwinan, saya tidak pernah cerita buruk tentang dia pada sesiapa mahupun ibu bapa saya. Saya simpan segalanya sendiri. Tetapi saya sudah tidak mampu menahan semua ini lagi dan tidak kuat untuk memendamnya bersendirian. Saya harap tiada yang menganggap saya mahu memburuk dan memfitnah dia sebab saya ada bukti.
“Dan kalau ada yang perasan, saya tak pernah nak muat naik satu pun gambar bekas suami dalam Facebook sebab saya masih menjaga air muka dia, nama dia dan saya terfikir kalaulah saya ada tersalah update ke, dia yang malu.
“Biar saya memperkenalkan bekas suami saya kepada anda.”
“Ini gambar yang dirakam selepas insiden saya dibantai suami (bekas suami). Kesan darah telah dibersihkan. Di bahagian atas hidung saya terkoyak. Doktor nak jahit tetapi saya tak izinkan. Jadi mereka hanya gamkan sahaja. Malah gigi saya patah dalam kejadian itu. ”
“Pendarahan dalam mata. Masa ini saya memang tak larat nak jalan. Ambulans yang datang ambil saya. Bayangkan macam mana anak saya dipukulnya seperti mana yang berlaku pada saya.”
“Pada awalnya saya tak tergamak nak memuat naik gambar bekas suami sebab saya fikir maruah keluarganya dan masih ada rasa hormat pada mereka. Tetapi maaflah, anak saya dipukul bekas suami dalam lima hari sehingga dimasukkan ke hospital. Tiada seorang pun dari keluarganya yang datang melawat, apatah lagi menghubungi saya bertanya tentang si kecil ini. Patutkah saya hormat pada mereka lagi? ”
“Comment dari lelaki ini benar-benar membuatkan saya rasa dilanggar lori. Saya menangis sepanjang malam. Bangun tidur pun sambung menangis bila terbayangkan macam mana anak saya dipukul oleh bapanya sendiri. Tetapi bila saya tanya bekas suami kenapa ada kesan cedera, dia kata anak saya jatuh sendiri. Patutlah dia tak izinkan saya berjumpa dengan anak saya selama 10 hari. Malah tidak membenarkan saya bercakap dengan dia.” katanya.
Bagaimana pun pengakuan Hannah Baru bau ini telah mengundang rasa simpati natizen,dalam waktu yang sama natizen mendesak pihak polis agar segera mengambil tindakan kepada lelaki tersebut.

14993300_1294445633932870_8944534255841515109_n
14955979_1293341934043240_5422402653647421534_n
http://eberita.org/ramai-tak-percaya/


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon