SHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mendedahkan dirinya yang sebenar apabila bertegas tetap tidak menerima bekas timbalannya sebagai bakal perdana menteri yang baharu.
Sebaliknya, bekas presiden UMNO itu membayangkan seseorang perdana menteri mesti dipilih dari kalangan parti pembangkang yang berjaya mendapat jumlah kerusi paling banyak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Justeru ia bukan semestinya memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjara atas kesalahan jenayah liwat terhadap pembantunya sendiri untuk dilantik menjadi perdana menteri yang ketujuh selepas PRU ke-14 kelak.
“Seorang perdana menteri mesti dilantik daripada parti yang mendapat jumlah kerusi terbanyak, kita tidak boleh calonkan sekarang,” katanya ringkas pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan (PH), di sini Sabtu.
Pengerusi PPBM itu berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan dikemukakan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub ketika berucap pada konvensyen itu untuk melantik Anwar setelah dibebaskan dari penjara.
Terdahulu, bekas pemimpin PAS itu menjelaskan yang Anwar bakal dilantik menjadi perdana menteri jika PH yang kini jelas dilihat diketuai DAP berjaya menang PRU ke-14 nanti bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, PH ujar Salahuddin, perlu melantik seorang perdana menteri yang bersifat sementara sebelum Anwar; yang pernah dizalimi Mahathir, secara rasmi dijadikan perdana menteri selepas dibebaskan hukuman.
“Dalam pilihan raya umum akan datang, calon utama ialah Anwar, ini perjanjian kita yang perlu dihormati tetapi hendak membebaskan Anwar, maka kita perlu terlebih dahulu pergi ‘tawan’ Putrajaya daripada pentadbiran BN.
“Sebelum Anwar dibebaskan, kita perlu ada seorang perdana menteri sementara, setuju?” soal Salahuddin. Saranan pelik tersebut namun tidak mendapat respons daripada Mahathir ketika ditanya lebih lanjut oleh pihak media.
Ini kerana semua maklum, bekas Pengerusi BN itu pernah membayangkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menjadi perdana menteri, dan bukan Anwar yang pernah dijel pada 1999 lalu atas kesalahan liwat.
Mahathir sebelum itu setelah ‘keluar’ UMNO akhir Februari lalu mengisytiharkan sanggup menerima sesiapa sahaja termasuk pemimpin cauvinis DAP yang pernah dimusuhinya selama ini untuk menjadi perdana menteri baharu.
Kenyataan kontroversi beliau itu dikutuk pelbagai pemimpin UMNO kerana sanggup tergamak ‘gadai’ maruah diri bangsa sendiri semata-mata dendam politik dan tidak menggambarkan dirinya sebagai negarawan berjiwa besar.
DAP mengetuai PH diramal menang besar PRU ke-14 berbanding PKR dan PAN, selepas menguburkan Pakatan Rakyat susulan perseteruan dengan PAS, yang kemudian membentuk blok Gagasan Sejahtera
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon