'Tunaikan Janji Walau Dengan Anak Kecil Sekalipun' - Fynn Jamal


Oleh Fynn Jamal

Kilang Play Doh itu daddy beli utk juna masa kat airport. sampai rumah waktu dia di ambang tidur. dia nampak. maka komfem lahhhh meraung nak main. mummy daddy cakap, 

"No. Now sleep. Tomorrow Play Doh"

Dia lekas-lekas tidur. bangkit2 je terus senyum. tarik mummy turun bawah. tunjuk play doh. mummy kata, 

"First, shower. Then Play Doh"

Dia ikut. Settle mandi, mummy bagi segalanya pada dia. kemain girang meloncat2 macam kijang. Hahahaha! Subhanallah my funny little man. Can't remember when i stumbled upon this hadith sahih tentang janji kepada anak2. but allow me to share it with you.

Dari Abu Daud ra;
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:

Pada satu hari, seorang ibu memanggil anak kecilnya utk dtg. demi memperlekas, si ibu menawarkan utk memberi upah kurma.

Rasulullah saw bersabda: Ketahuilah seandainya tidak kamu berikan dia, maka tertulislah ia satu kedustaan.

Si ibu bertanya: Walau pun sebagai gurauan?

Dijawab: Walau pun sebagai gurauan.

Allahuakbar. Betapa islam ini agama yg benar2 menjaga hak setiap ahlinya. dari org tua sampai kanak2. dari org kaya sampai fuqara'. Lihatlah bagaimana tidak ada istilah "alah takpelah budak2" dalam agama kita. hendak diadik2kan pun tidak diizinkannya.

Dont make promises we cant keep. aku tau kadang2 kita rasa ringan je nak berjanji dgn anak. supaya mereka senyap. agar mereka tak meratib nak nak nak. demi nak memotivasi. apa jua alasannya.

Janji wajib dituruti. Ajar anak2 kita melaksana janji dan bertanggungjawab atas apa yg dia kata dengan cara kita SENDIRI melaksana janji dan bertanggungjawab atas apa kita kata.

I know it is not easy, it is even HARDER when you have a child who is non-verbal dan takkan tuntut setiap pagi macam anak2 org lain. Betapa senang utk kami terlupa. allahu akbar. semoga الله bantu kita dari kebiasaan mencurah janji.

We can be better, ok mommies and daddies? anak2 kita deserves the respect sebanyak mana kita mahu dihormati mereka. Hopefully the hadith gave you the chills it impacted me. kalau selama ni kita macam tu-- hari ni sempat lagi kita betulkan.

Now pause and try to recall apa benda terakhir kita janji pada anak kita? - Fynn Jamal
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon