Inilah 9 Gambar KERAPU GERGASI Yg Ditangkap Nelayan Di Sabah Yg Buat Ramai WOW !!!

Inilah 9 Gambar KERAPU GERGASI Yg Ditangkap Nelayan Di Sabah Yg Buat Ramai WOW !!! | Pengunjung Pasar Umum di sini terkejut dengan kelibat seekor ikan kerapu gergasi seberat 320kg yang dijual di pasar terbabit hari ini.




Ikan itu dikatakan ikan yang paling besar di jual setakat ini di pasar itu. Sebelum ini, hasil tangkapan yang paling besar adalah seberat antara 100 hingga 200 kg.
Menurut nelayan, Saraji Jiblani, 45, dia berjaya menangkap ikan kerapu itu pada Sabtu lalu di kawasan perairan berhampiran sempadan negara jiran.

“Ia adalah tangkapan ikan paling besar pernah saya peroleh sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu.
“Mengikut nelayan lain, paling besar ikan pernah dijual di pasar ini adalah 200 kg beberapa tahun yang lalu.

“Sejak awal pagi, pengunjung tidak putus-putus datang ke pasar mahu melihat sendiri ikan gergasi dan tidak kurang juga yang mengambil gambar,” katanya memetik laporan dari BH Online.

Menceritakan bagaimana dia berjaya menangkap ikan itu, Saraji berkata dia dan sembilan rakan pergi ke perairan terbabit untuk menangkap ikan seperti biasa pada Jumaat lalu. Beberapa jam selepas pukat dipasang, mereka cuba menarik pukat ke atas namun berdepan kesukaran kerana pukat terlalu berat.

“Kami cuma sedar ikan gergasi tersangkut pada pukat apabila disuluh,” katanya.
Ikan itu dijual antara RM45 hingga RM50 sekilogram. KREDIT SiakapKeli.







Sumber : belogfadah


EmoticonEmoticon