Kelahiran Nabi Muhammad SAW membawa rahmat untuk sekalian alam. Kelahiran kekasih Allah ini bagaikan cahaya yang menyinari segenap alam. Menerangi manusia yang terkapai-kapai dalam kejahilan, memandu mereka kepada makrifatullah. Bayangkan betapa besarnya rahmat ini: Sebesar rahmat seorang anak diketemukan dengan ibunya, besar lagi rahmat seorang hamba dan makhluk diketemukan dengan Penciptanya. Baginda membawa risalah Islam ini penuh dengan kecintaan yang abadi. Kesungguhan baginda dan para sahabat serta pejuang-pejuang Islam waktu dahulu membuatkan Islam terus bernafas hingga harini. Kenikmatan islam itu masih lagi kita dapat merasai dengan penuh asyik bagi mereka yang memahami.Namun begitu , harini kita melihat dan meneliti bahawa masyarakat seolah olah tidak pernah mengendahkan soal agama. Sebahagian besar daripada mereka meletakkan Islam hanya pada majlis akad pernikahan , kematian dan hari raya aidilfitri / aidiladha. Sedangkan pemaknaan serta definisi Islam itu seharusnya lebih meluas dan lebih terbuka. Kefahaman akan pengertian islam sebagai cara hidup seharusnya ditanamkan dan dilekatkan pada jiwa mereka untuk memastikan sebuah pengamalan islam yang sewajarnya dilaksanakan.Islam itu sendiri menjadi sistem dalam hidup kita. Ia mengatur segala urusan dan cara hidup kita. Hatta , jika kita bersua dengan rakan-rakan di kafe juga ada nilai Islamnya , jika kita menelaah pelajaran di perpustakaan juga ada nilai Islamnya dan jika kita bersukan di padang juga ada nilai Islamnya. Jauhilah sikap jumud dalam kita mendefinasikan Islam dalam hidup kita. Makna Islam yang hakiki ini harus dikongsi bersama kepada masyarakat kita sama ada muslim atau non muslim. Ramai masyarakat Islam diluar sana Islamnya hanya terletak pada kad pengenalannya dan pada surat beranaknya . Kerana mereka ini jika dilihat tidak sesekali mengamalkan seperti mana Islam anjurkan dan suruh. Mereka mengambil mudah dalam isu sebegini. Hiburan duniawi menjadi raja buat mereka . Sampai bila kita harus begini ? Usahlah kita berfikiran bahawa Islam ini hanya untuk golongan tertentu sahaja. Realitinya , Islam merupakan kepatuhan dan tunduk kepada perintah dan larangan sang penciptanya. Tidak hairanlah sama ada mereka ini berbangsa Melayu , Cina , India dan lain lai. Yang pastinya , mereka sudahpun menyaksikan bahawa Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Maka , sebagai solusinya kita perlu fokus ke arah pembinaan individu muslim yang ideal dan efisyen. Pendidikan yang bersifat ruhanniyah seharusnya menjadi tunjang kepada masyarakat harini. Kefahaman hakikat pengertian Islam yang sebenar harus dipupuk saat ini. Kefahaman yang benar akan melahirkan amal yang benar. Sedarilah bahawa Islam itu adalah Rahmah buat kita semua hatta kepada sekalian alam. Sentiasalah bersifat inklusif dalam kita menyebarkan islam kepada semua kerana kita hidup dengan Islam untuk Islam.
Luthfi Yusri ( Pena Syariah )
Artikel utk islam itu indah
via
Bin Usrah
SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl
EmoticonEmoticon