Ini Luahan Isteri Mangsa Bunuh

Ini Luahan Isteri Mangsa Bunuh




Isteri kepada lelaki yang menjadi mangsa bunuh apabila ditikam oleh kekasih adik perempuannya telah meluahkan perasaan sedih.

Noriah, yang mengandung anak pertama, sedih apatah lagi mereka sepatutnya bakal menimang cahayamata apabila dijangka melahirkan anak sulung 2 minggu lagi.

Dia juga mendedahkan, suaminya ada berbicara tentang soal mati 2 hari yang lalu.

Menurut Noriah, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya jam 11.30 pagi selepas melihat mesej WhatsApp rakan, yang pada ketika itu sedang berkursus di Hospital. 


Ini komen Noriah:

"Dia seorang anak dan abang yang sangat bertanggungjawab kepada keluarganya. Saya rasa tidak sedap hati, terus segera menghubungi adik ipar untuk pengesahan,"

Menurut Noriah, suaminya sebelum ini pernah memaklumkan kepada Azlina bahawa teman lelakinya itu sudah beristeri selepas mendapat pengesahan dari Pejabat Agama Terengganu. Malangnya, Azlina tidak mempercayainya.

"Kerana itu, suami pergi ke rumah keluarga di Jeli pada jam 10.30 pagi semalam untuk mengambil ibu mertua dan Azlina. Mereka terus pergi ke Terengganu dan bermalam di sana,"

Allahyarham Muhamad Shukri merupakan anak kedua dari sembilan beradik, tidak mahu adiknya, Azlina, ditipu dan berkahwin dengan suami orang.

Sumber : Beritamemey


EmoticonEmoticon