Nak Free Wifi, Pelanggan Kena Cuba Selesaikan Soalan Matematik Ini

image

Kebanyakkan kedai atau kafe di Malaysia kini mempunyai wifi. Tapi wifi kat restoran yang terletak di San Antonio ni lain macam sikit. Wifi percuma hanya diberikan kepada pelanggan yang berjaya menyelesaikan soalan matematik yang ditampalkan di dinding kedai tersebut.

Kata laluan untuk wifi percuma di kedai makan masakan Yaya’s Thai ini menjadi viral selepas salah seorang pelanggan yang dikenali sebagai Joshua_Glock memuat naik kata laluan tersebut di Reddit untuk mendapatkan jawapan.

Namun, sehingga kini masih tiada yang dapat menjawab dengan betul. 

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa soalan tersebut salah atau ada helah yang tersembunyi. Betul ke tidak, ada try lah selesaikan soalan itu.

Sumber: Sinar Harian

SUMBER : http://ift.tt/29OSAPl


EmoticonEmoticon