Trend Ambil Foto Bayi 'Nasi Kepal' Landa Jepun



WAJAH bayi memang comel tapi bila dipicit rupa-rupanya wajah kecil ini akan jadi lebih 'cute' sampai kita yang melihatnya geram.

Inilah trend foto yang melanda ibu bapa di Jepun baru-baru ini.

Trend ini dinamakan sebagai rice ball baby.

Ia dimulakan oleh seorang pelawak, Masahiro Ehara bila dia mengambil gambar dengan memicit wajah anaknya membentuk segitiga seakan nasi kepal atau Onigiri, makanan penduduk Jepun.

Selepas dipaparkan di akaun Twitter miliknya ia kemudian jadi ikutan oleh ibu bapa.

Mereka mengambil gambar bayi dengan cara yang sama lalu memuat naik di laman sosial masing-masing hingga menjadi trend.

Tetapi tidak dinafikan rupa bayi nasi kepal ini memang comel.

Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon