Bayi digelar baby hulk kerana lahir dalam keadaan tubuh badan berotot akibat penyakit mutasi genetik!



Bayi digelar baby hulk kerana lahir dalam keadaan tubuh badan berotot akibat penyakit mutasi genetik | Seorang bayi perempuan, Madison Gatlin digelar sebagai Baby Hulk kerana dilahirkan dalam keadaan tubuh badan berotot akibat penyakit mutasi genetik yang dialaminya seakan-akan watak Hulk dalam filem terbitan Marvel.Inc. Lapor Mail Online, Gatlin, 18 bulan, yang berasal dari Crestview, Florida, disahkan menghidap penyakit Cloves, suatu keada­an menyebabkan cecair limfa membengkak di bawah lengan dan dadanya. Penyakit yang itu dikatakan jarang berlaku dan hanya dihadapi oleh 200 orang sahaja di seluruh dunia.

“Nama panggilan itu tercetus selepas sepasang kanak-kanak kem­­bar lelaki bertanya kepada saya, mengapa keadaan Gatlin seperti itu. Saya memberitahu mereka bapa Gatlin adalah Hulk dan mereka terus kagum dengan cerita itu. “Selepas itu mereka te­rus mahu ber­kawan dengan Gat­lin. Saya mahu supaya orang ramai tidak takut dengan keadaan Gatlin dan senang berkawan dengan dia,” kata Joni, yang juga merupakan seorang suri rumah. -AP


Sumber : penhijaudaun

Sumber :


EmoticonEmoticon