Ini Jawapan Hazama Kenapa Pilih Kahwin "Senyap-Senyap" Dan Majlis Secara Ringkas

Ini Jawapan Hazama Kenapa Pilih Kahwin Senyap-Senyap Dan Secara Ringkas 


Penyanyi Hazama telah selamat bernikah dengan pemuzik hebat, Genervie.

Perkahwinan mereka berlangsung meriah walaupaun hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

Sememangnya pernikahan mereka kurang mendapat liputan malah Instagram mereka juga tiada update seperti artis lain.

Sehingga kini, hanya sekeping gambar perniakhan sahaja yang dimuat naik oleh Hazama.

Ditanya mengapa buat majlis serba ringkas dan juga tanpa menghebohkan seperti artis lain, Hazama tampil memberi komen.

Ini komennya:

“Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja. Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. 

"Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran,”

Pelantun lagu Di Amaran Mama ini menjelaskan, beliau tidak mahu tertekan memikirkan soal berumahtangga kerana ingin fokus kepada Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang bakal berlangsung 22 Januari ini.

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon